MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Mac 2009

Anwar tiru gerakan Al-ittihad wa-Taraqi di Turki untuk jatuhkan Najib ?

Anwar memulakan gerakan ini di Bangkok, menggunakan khidmat wartawan GAY Perancis bernama Arnaud Dubus. Wartawan ini ditaja oleh Edouard Rothschild, seorang korporat Yahudi yang memiliki akhbar Liberation, Perancis. Kaedah menggunakan khidmat rangkaian Yahudi ini pernah digunakan oleh gerakan Al-ittihad wa-Taraqi pimpinan Mustafa Kamal Artatuk untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid, Khalifah terakhir Turki.


Oleh : Pochongmenulis, AIDCclub

Di saat Dato Seri Najib Tun Razak akan mengetuai Parti UMNO, iaitu parti Politik terbesar di Malaysia dan menjadi tunjang kepada kekuatan kerajaan Malaysia, di saat itu juga kerajaan Malaysia dihambur dengan pelbagai kritikan oleh golongan minoriti dan pembangkang, ada yang menuduh kerajaan mengamalkan penindasan kepada golongan minoriti, tiada kebebasan dalam beragama dan sebagainya.


Malah Najib sendiri dikatakan menerima nasib yang lebih teruk apabila kisahnya ditulis sebegitu rupa dan digambarkan wataknya yang jahat oleh media pembangkang dan juga oleh media luar negara, menjadi persoalan kenapa berita itu disebarkan serentak sewaktu Najib ingin menerima baton dari pimpinan Abdullah Ahmad Badawi .

Saya bukan orang politik dan tidak berminat mengetahui silat dan cara mainan orang politik membunuh personaliti lawan. Dalam konspirasi politik perkara ini tidak mustahil, kerana ia banyak digunakan oleh pihak berkepentingan, sama ada untuk menjatuhkan lawan dan juga bagi tujuan untuk mengaibkan sebebuah kerajaan yang memerintah supaya hilang wibawa pada pandangan mata luar.

Saya teringat apabila menyoroti kisah Sultan Abdul Hamid II, iaitu khalifah terakhir kerajaan Bani Uthmaniyah, baginda pun mengalami nasib yang hampir sama malah lebih teruk dengan apa yang dihadapi oleh Najib sekarang ini.


Sultan Abdul Hamid, Sultan terakhir Empayar Khalifah Uthmaniah di Turki. Sejak kejatuhannya berakhirlah sistem khalifah dan muncullah sistem sekular yang dimunculkan oleh Mustafa Kamal Artatuk


Saya bukan ingin membandingkan karekter Najib Tun Razak dengan Sultan Abdul Hamid II, tetapi hanya ingin menceritakan bagaimana pendekatan yang digunakan orang Yahudi dan musuhnya untuk memburukkan imej Sultan Abdul Hamid hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Uthmaniyah dan berakhirnya sistem khalifah dalam sistem pentadbiran kerajaan Islam seterusnya menyebabkan dunia Arab dan Islam berpecah belah dan dunia barat mengambil alih memimpin dunia.

Jika dibandingkan sikap Sultan Abdul Hamid dengan pemimpin yang ada pada hari ini, tentu jauh berbeda sama sekali, usah dibandingkan dengan Anwar Ibrahim kerana Sultan Abdul Hamid tidak pernah mempercayai orang Yahudi tidak seperti Anwar Ibrahim yang memperakui Wolfowitz sebagai kawannya dan Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine di Jerusalam sebagai teman karibnya.

Sikap Sultan Abdul Hamid ini boleh dilihat apabila Sultan Abdul Hamid dan kerajaan Utmaniyah berada di dalam keadaan lemah ekoran kekalahan dalam peperangan, di masa itu Emmanuel Carasso seorang Yahudi warga Itali dan bersekongkol bersama Theodor Herzl mahu mendapatkan izin menempatkan orang Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898).

Kedua mereka ini telah menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci tersebut. Namun Sultan Abdul Hamid menolak tawaran tersebut dengan tegas, termasuk hasrat mereka yang ingin menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan orang Yahudi begitu marah. Dan kesannya, Sultan Abdul Hamid akhirnya kehilangan takhta dan kekuasaan disebabkan orang Yahudi yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan Bani Uthmaniyah yang dipimpinnya.

Pada masa itu antara usaha yang diambil oleh Yahudi untuk mecapai hasrat meraka menjatuhkan Sultan Abdul Hamid ialah menggunakan orang Kristian dan sesetengah golongan munafiq dari kalangan Arab, Turki demi mencapai matlamat mereka.

Antara cara paling berkesan ialah menyusup masuk ke dalam parti Al-ittihad wa-Taraqi yang dikuasai golongan yang menjadi penentang kepada pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Dalam organisasi ini mereka banyak melakukan kerja menfitnah dan memburukkkan Sultan Abdul Hamid antara orang berada di dalam kelompok ini ialah Kamal Ataturk yang akhirnya menjadi pemerintah Turki moden.






Siapa Sultan Abdul Hamid II

Sultan Abdul Hamid merupakan salah seorang pemerintah dari kerajaan bani Uthmaniyah, beliau dilantik menjadi Khalifah di saat umurnya baru mencecah umur 34 tahun pada tahun 1876, dan merupakan Sultan ke 34 daripada Dinasti Uthmaniyah. Sewaktu beliau mengambil alih pemerintahan, kerajaan bani Uthmaniyah berada dalam keadaan kucar kacir kerana penentangan terhadap pemerintah sebelumnnya. Baginda dikatakan memerintah selama 33 tahun.

Baginda merupakan Sultan pertama yang berusaha memerangi gerakan pembaratan Turki atau westernisasi secara rasmi dalam kerajaan Uthmaniyah.

Sewaktu menjadi pemerintah baginda menunjukkan kasih sayangnya terhadap golongan yang menjauhinya dan telah menjaga hak kaum minoriti didalam kerajaan pemerintahannya sehingga dilantik seorang yang berbangsa Armenia sebagai Timbalan Perdana menteri dalam kerajaannya.

Kehebatannya dalam pemerintahan dibuktikan apabila baginda mampu membina landasan keretapi ke Madinah, membina Kapal Selam untuk memperkukuh armada tentera laut, mengurangkan defisit dalam Negara dari 300 juta lira kepada 30 juta lira, membina dan memodenkan fakulti perubatan di Pusat Pengajian dan memperkenalkan pelbagai teknologi baru, menjadi Khalifah pertama yang mengadakan lawatan ke Perancis, kejayaan yang diraihnya menyebabkan kerajaan Bani Uthmaniyah dicemburui oleh musuh-musuh luar.

Persaingan untuk menguasai kekayaan Kerajaan Uthmaniyah ini ternyata tidak dilakukan oleh negara-negara Eropah sahaja malah ia disertai oleh Amerika apabila negara itu bersubahat menyebarkan fitnah perkauman dan kesukuan sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk memusnahkan kerajaan Uthmaniyah dan menguasai kekayaannya.

Menurut sejarah wilayah kekuasaan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah adalah luas menjalar dari rantau Balkan sehinnga ke pinggir laut merah iaitu Yaman dan ada di kawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan minyak seperti di Iraq.



Fitnah pembunuhan ke atas Sultan Abdul Hamid

Dr. Eeman Mohamed Abbas dalam buku bertajuk Sultan Abdul Hamod II dan kejatuhan Khilafah Islamiah, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 2002, menjelaskan antara penyebab yang menjadi punca pemberontakan golongan minoriti Armenia sehingga jatuhnya Sultan Abdul Hamid ialah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar barat, Armenia dan Rusia yang telah mengubah pandangan antarabangsa terhadap kerajaan Uthmaniyah dan Sultan Abdul Hamid.

Contohnya seorang penulis Peranchis yang bernama Biyarkiyar memberikan gelaran Sultan Merah (Sultan Al-Ahmar) kepada Sultan Abdul Hamid dengan menuduhnya melakukan pembunuhan kepada orang Armenia.

Gelaran ini menyebabkan ia digunakan oleh penulis dan wartawan Eropah bahkan yang berbangsa Arab juga. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid juga dikatakan terdapat 9akhbar yang mengunakan bahasa Albania dan setiap akhbar tersebut mempunyai hubungan yang meragukan dengan kerajaan Eropah.

Sehingga kini bila disemak kembali sejarah tidak ada bukti kukuh yang mengatakan Sultan Abdul Hamid melakukan pembunuhan, malah pengkaji Sejarah Stanford J.Shaw dan Ezel kural Shaw menolak dakwaan bahawa berjuta orang Armenia mati di tangan Sultan Abdul Hamid dan kedua mereka tersebut menyalahkan golongan al-ittihad wa-al taraqi yang seharusnya bertangungjawab ke atas kematian orang Armenia.

Sebagai makluman golongan al ititihad ini sebenarnya duri dalam daging yang menyebabkan runtuhnya kerajaan Uthamaniyah. Golongan ini sebenarnya telah mengadakan perjanjian dengan orang Armenia untuk menentang kerajaan Uthmaniyah.

Sebenarnya orang Armenia walaupun bukan beragama islam tetapi mereka dilayan sama rata oleh pemerintah Uthmaniyah semenjak Sultan Muhamad Al–Fatih sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Abdul Hamid, malah mereka diberi peluang sebebas-bebasnya untuk mengamalkan anutan dan merebut kekayaan Armenia.

Sehinga ramai di kalangan mereka menjadi kaya raya hasil keadilan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Namun selepas itu beberapa pihak Eropah seperti Rusia, telah mula mempengaruhi mayarakat Amernia hingga golongan ini tertarik dengan apa yang dijanjikan.

Sehinggalah apabila dirasakan kerajaan Uthmaniyah lemah kerana sewaktu itu kerajaan Utmaniyah telah bertempur dengan Rusia berhampiran Istanbul pada tahun 1876 hingga wujud perjanjian dengan beberapa kuasa Eropah, di waktu ini golongan ini telah menuntut autonomi di Istanbul bagi wilayah Kristian, namun permintaan ini telah ditolak oleh Sultan Abdul Hamid kerana mengancam kedaulatan pemerintahan.

Dikatakan juga yang menjadi penyebab orang Armenia menentang kerajaan Uthmaniyah ialah disebabkan peranan yang dimainkan oleh orang Yahudi yang banyak menghasut orang Armenia menentang dan diberikan bantuan untuk menikam dari belakang pemerintahan Kerajaan Bani Uthmaniyah.

Sebenarnya tindakan orang Armenia ini sedikit sebanyak menyebabkan kuasa Sultan Abdul Hamid semakin lemah, kerana sebelum itu masyarakat Armenia diberikan peluang sebebas-bebasnya untuk menjadi pemimpin, peniaga dan hidup dengan aman dalam kerajaan Sultan Abdul Hamid.

Jika ini yang dilakukan oleh orang Yahudi di terhadap Kerajaan Bani Utmaniyah, saya tidak hairan sekiranya perkara yang sama dilakukan terhadap mana-mana kerajaan yang enggan mengikut telunjuk mereka.

Dalam konteks negara kita wujud persoalan adakah tindakan Anwar sama dengan golongan Al-ittihad wa-Taraqi kerana bersekongkol dengan musuh Islam demi mencapai agenda politiknya.

Selepas jatuhnya Kerajaan Utmahniyah pimpinan Sultan Abdul Hamid pada 1909 baginda telah dihantar ke Salonika untuk dikurung di dalam istana tua Yahudi dan menjadi cercaan masyarakat selepas itu.

Sungguh sedih kisah Sultan Abdul Hamid disebabkan keegganannya tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi imejnya yang hebat telah diburukkan sebegitu rupa oleh tali barut Yahudi.


sumber - pochongmenulis

4 ulasan:

Jumayatara berkata...

Awat hangpa kalut sangat dengan Anwar ni...la ni musuh no. 1 Najib bukan Anwar tapi Muhyiddin.


Just ban yourself from oral sex. Hargai doa dari bibir merah isteri anda,

Unknown berkata...

Ye ka Muhyidin musuh Najib sekarang?

Setau cheq la, anwar...musuh no.1..forever & ever & ever & ever tak kira siapa pemimpin UMNO yg dok kat atas.

Hang biaq betul...tak baik tabuq fitnah. Kalau ayat camni, biasaqnya pencacai2 anwar + PKR nooo...

Suara minda berkata...

oiii Tok Mudim hang tukang sunat kapal singh dan ngeh koh ham kaa.Untuk makluman Tok Mudim musuh ni satu Malaysia sekarang adalah Anwar al-jiburi sudah jelas gerakan dia adalah sama dengan yang dilakukan oleh orang yahudi, sanggupkan kita berkuetuakan orang seperti anwar yang sentiasa bersekongkol dengan zionis, Tahukah Tok mudim dengan apa yang terjadi dengan kejatuhan kerajaan daulah Islamiyah di Turki? atau Tok Mudim butakan mata, semata-mata ingin menumpang semankuk janji orang yahudi..seperti diperolehi Anwar skang...

ladybird berkata...

Cheq tengok Najib dengan Muhyiddin tu gandingan mantap....anwar dah makin kecut perut nampaknya....

Apepun kita sama-sama ucap selamat tinggal kepada anwar....anwar boleh cuba lagi 16 sept 2009 untuk menawan putrajaya....