Majoriti penghuni Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, Lubok Antu telah memboikot kehadiran sebuah kumpulan penyokong Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang mahu berkempen di rumah panjang berkenaan malam tadi.
Seorang penghuninya ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini menjelaskan bahawa kumpulan terbabit yang terdiri daripada 15 orang ahli telah tiba di rumah panjang mereka dengan menggunakan sebuah van dan kereta sekitar jam 8.15 malam tadi.
“Para penghuni rumah panjang sedang sibuk berbual di ruai bilik masing-masing pada waktu malam tadi apabila sekumpulan penyokong PKR tiba untuk berkempen di rumah panjang kami.
“Sebaik sahaja tiba, kumpulan penyokong PKR terbabit kemudiannya bertandang ke ruai salah seorang penghuni rumah panjang kami dan mula menyampaikan ceramah berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Kecil (DUN) Batang Ai ini,” katanya.
Para penghuni rumah terbabit yang majoritinya menyokong Barisan Nasional (BN) selama ini kemudiannya bertindak memasuki bilik masing-masing dan seterusnya menutup lampu ruai mereka.
Manakala para penyokong PKR terbabit meneruskan ceramah mereka di ruai milik salah seorang penghuni rumah panjang terbabit yang dipercayai sebelum ini pernah tidak sehaluan dalam hal politik dengan para penghuni bilik yang lain.
“Kumpulan penyokong PKR berkenaan kemudiannya beredar dari rumah panjang kami setelah menyampaikan ceramah politik mereka selama satu jam di ruai bilik salah seorang penghuni.
“PKR tidak mendapat tempat di kalangan majoriti penghuni rumah panjang Sebangki Panjai. Ini demokrasi…jika mereka mahu berkempen di sini itu adalah tidak salah tetapi kami tidak akan melayan kedatangan mereka,” katanya.
sumber - sarawakupdate.com.my
2 ulasan:
modal kempen anwar-anwar masuk bakul angkat sendiri.
Ini menunjukkan yang penghuni Rumah Jubang Bin benci kat Anwar n PKR. Mereka tahu Anwar ni suka kencing jer...kaki penipu. Buat ceramah ker buat fitnah...
Catat Ulasan