SHAH ALAM – Polis kini sedang mengesan dua rakan lelaki ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong untuk hadir memberi keterangan segera berhubung siasatan kes penyebaran gambar tanpa pakaian ADUN wanita terbabit.
Kedua-dua rakan Elizabeth tersebut bagaimanapun masih gagal dihubungi polis sehingga sekarang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, polis masih belum dapat mengenal pasti kedudukan lokasi sebenar mereka.
“Polis percaya salah seorang daripadanya kini berada di luar negara dan seorang lagi masih berada dalam Malaysia.
“Kita akan siasat lokasi sebenar kedua-duanya supaya mereka boleh tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan ke atas kes ini,” katanya.
Kedua-dua rakan lelaki Elizabeth itu dijangkakan akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebaik sahaja polis berjaya mengesan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang memiliki salinan gambar separuh bogel Elizabeth supaya segera menghapuskannya dengan serta-merta.
“Tidak kira salinan terbabit dalam bentuk e-mel, telefon bimbit atau dalam apa jua bentuk sekalipun ia mesti dihapuskan segera dan sekiranya polis berjaya mengesan mana-mana individu yang masih menyimpannya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka,” katanya.
Sementara itu, Khalid turut mengesahkan bahawa sepasukan anggota forensik dari Cheras dihantar ke rumah Elizabeth di Jalan Gasing, Petaling Jaya semalam untuk menjalankan siasatan berhubung kes penyebaran gambar ADUN wanita berkenaan.
sumber - sinar harian
1 ulasan:
limau mandarin kulitnya kuning dan bersih....isinya berulat.tak sangka lah kalau bebenda tu jadi sumber inspirasi dan penguat semangat rakyat dalam pakatan rakyat... hahaha
Catat Ulasan