MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Feb 2009

Bekas teman lelaki Elizabeth tak pulang sejak 10 hari



Wong luah kerisauan dua minggu sebelum foto tersebar

KUALA LUMPUR: Hilmi Hazimin Malek, lelaki yang dikatakan bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, dikatakan tidak pulang ke rumahnya di Ampang dekat sini, sejak 10 hari lalu.

Tinjauan Berita Harian ke rumahnya semalam mendapati beliau tiada di rumah milik keluarganya.

Pembantu rumahnya yang enggan dikenali berkata, anak majikannya itu tidak pulang ke rumah sejak 10 hari lalu dan tidak memaklumkan hala tujunya.

"Dia keluar menggunakan kereta adiknya dan meninggalkan keretanya di sini," katanya menunjukkan ke arah kereta jenis Honda Accord yang diletakkan di depan rumah itu.

Malah, Hilmi yang pernah bekerja sebagai pembantu khas kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dikatakan sudah berhenti bekerja dengannya sejak bulan lalu.

Seorang kakitangan di pejabat Ahli Parlimen itu yang dihubungi petang semalam memberitahu Hilmi sudah berhenti bekerja dengan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sejak akhir bulan lalu.

Ditanya bidang tugas Hilmi, beliau berkata Hilmi membantu tugasan Hee di Parlimen.

"Saya tidak tahu di mana Hilmi berada sekarang ini atau di mana beliau bekerja," katanya.

Hee yang ditemui wartawan di Parlimen juga enggan mengulas lanjut mengenai Hilmi kerana beliau tidak tahu di mana bekas pembantunya berada serta menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan.

Sementara itu, Hilmi yang sepatutnya memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam juga tindak muncul sehingga lewat malam tadi.

Bercakap pada sidang di Shah Alam, pagi semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata rakan lelaki Wong itu sudah diminta memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita telah meminta rakan YB Wong itu untuk hadir pada hari ini (semalam) di IPD Petaling Jaya bagi memberi keterangan, namun sehingga kini (malam tadi) beliau tidak hadir dan kita minta beliau untuk tampil memberi kerjasama," katanya.

Ketika dihubungi malam tadi, beliau berkata, polis perlu mengambil keterangan dua lelaki, iaitu seorang dipercayai bekas teman lelaki Wong yang berada di dalam negara dan seorang lagi yang dikatakan kini berada di luar negara.

"Sekiranya mereka enggan tampil secara sukarela untuk memberi keterangan, polis akan memburu mereka," katanya.



Sementara itu, di BUKIT MERTAJAM, Timbalan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Dr Joyce Lee Yueh Choo mendakwa Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, sudah mengesyaki sesuatu buruk bakal menimpanya dua minggu sebelum gambar bogelnya tersebar melalui internet.

Katanya, Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan itu meluahkan kebimbangannya ketika mereka makan malam di luar kediaman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 5 Februari lalu.

"Beliau menyatakan mungkin itu adalah majlis makan terakhir bersama sebagai anggota Exco. Bagaimanapun, saya tidak mengendahkannya kerana menganggap itu satu jenaka," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ketua Wanita PKR Perlis, Tuan Marja Tuan Mat.

Isnin lalu, akhbar melaporkan gambar Ketua Penerangan Wanita PKR ketika sedang tidur dalam keadaan separuh bogel tersebar menerusi internet sejak beberapa hari lalu.

Gambar separuh bogel itu diambil ketika beliau tidur di atas sofa dipercayai di rumahnya dan dikatakan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit.

Dr Lee berkata, Wong turut memberitahunya kemungkinan beliau menjadi mangsa politik berdasarkan senario politik di negara ini terutama ketika pergolakan di Perak.

Bagaimanapun, katanya, dua minggu selepas kenyataan itu, beliau terkejut kerana gambar bogel Wong tersebar di internet sehingga memaksa wakil rakyat terbabit menawarkan diri meletak jawatan.

Dr Lee turut mendakwa perbuatan berkenaan adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Wanita PKR di negeri utara Semenanjung tetap menyokong Wong dan berharap beliau mempertimbangkan semula tawaran meletak jawatan.

Ketika diminta mengulas bahawa setiap pemimpin perlu mempunyai moral yang baik, Dr Lee mengakui perkara itu tetapi tetap mempertahankan tindakan Wong tidak salah dan itu hak peribadinya.

"Saya berasakan perbuatan itu tidak salah kerana itu hak peribadinya. Tambahan pula, beliau masih bujang. Ini semua tindakan parti politik yang cuba mencemarkan maruah wakil Pakatan Rakyat," katanya.

sumber - Berita Harian


Tiada ulasan: