MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Feb 2009

PKR nafi ADUN Kulim, Pelabuhan Klang keluar Pakatan

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini menafikan dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) daripada Kulim dan Pelabuhan Klang telah keluar daripada pakatan itu dan menyertai Barisan Nasional(BN).


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan ADUN Kulim, Lim Soo Nee akan melompat parti itu.


"Saya baru balik dari Kedah di mana isu yang sama Lim Soo Nee nak melompat tapi Lim Soo Nee kata tidak, cuma dalam Pakatan Rakyat dalam kalangan DAP, PAS dan Keadilan kita boleh beri pandangan ... Lim Soo Nee sebagai ADUN Keadilan dia boleh tegur Menteri Besar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata tanggapan bahawa Lim akan melompat parti adalah mainan politik pihak-pihak tertentu kerana perbuatan Lim menegur Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memang tidak menjadi masalah di dalam Pakatan Rakyat untuk kebaikan negeri tetapi telah di salah anggap oleh pihak lain sebagai satu pergeseran dan mungkin Lim akan melompat keluar parti.


Ketika ditanya sama ada BN akan menggunakan strategi di Perak untuk menguasai kembali Selangor, Azmin berkata: "Kita kena berhati-hati sebab itu kita nasihatkan Ahli Parlimen dan ADUN pastikan mereka teruskan khidmat mereka untuk rakyat kerana kita tidak ada wang, kita tidak ada sogok, kita tidak ada culik orang, kita tak ugut orang."


Ditanya sama ada PKR akan membuat kawalan terhadap wakil rakyatnya, beliau berkata sejauh mana parti boleh mengawal mereka tetapi yang penting PKR yakin dengan kewibawaan para ADUN dan anggota parlimennya.


Azmin berkata ADUN dan anggota Parlimen PKR ada prinsip dan maruah yang akan mereka pertahankan tetapi beliau mendakwa ADUN Bukit Selambau V. Arumugam yang meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu disebabkan tidak tahan dengan tekanan dan ugutan dari Umno dan BN.


Ditanya sama ada Pakatan Rakyat akan meminta para ADUN atau Anggota Parlimennya menandatangani surat akujanji untuk tidak keluar parti, beliau berkata berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat di Perak kewujudan surat akujanji itu tidak bermakna.


Azmin mendakwa surat akujanji yang ditandatangani oleh ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu dan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi yang kini menjadi ADUN Bebas di Perak adalah sah tetapi Suruhanjaya Pilihanraya telah menolaknya.


Terdahulu, ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini turut menafikan yang beliau akan keluar PKR untuk menyertai BN.


Bercakap pada sidang media petang ini di Shah Alam, Badrul Hisham berkata, beliau akan tetap bersama PKR dan menyokong kepimpinan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu itu merupakan helah mereka bagi menimbulkan kekeliruan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.


"Saya masih menjalankan tugas sebagai ADUN Pelabuhan Klang seperti biasa. Komitmen saya masih teguh dan tidak berbelah bagi kepada Parti Keadilan Rakyat dan kepimpinan Pakatan Rakyat keseluruhannya khususnya di negeri Selangor," katanya.


Badrul berkata, beliau telah berjumpa dengan pucuk pimpinan parti dan telah menjelaskan semua isu-isu yang ditimbulkan ke atasnya selama ini.


"Saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan-kelemahan yang telah diutarakan dan komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat," katanya.


Ketika menjawab mengenai dakwaan bahawa beliau seolah-olah "hilang" sejak kebelakangan ini dan sukar dihubungi atau ditemui oleh masyarakat di kawasan beliau, Badrul berkata:"Saya dekat kawasan saya."


Katanya beliau berada di pejabatnya setiap hari dan kadang-kadang melebihi waktu pejabat iaitu pukul 5 petang.


Apabila ditanya dakwaan beliau tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan kononnya beliau terlibat dengan kes khalwat, Badrul berkata: "Tak ada... saya tidak buat benda itu."


Ditanya sama ada beliau pernah ditawarkan untuk melompat parti, Badrul berkata tiada tawaran yang diberikan kepadanya dan beliau tidak terfikir pun untuk berbuat demikian.


Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR negeri itu hari berhubung spekulasi bahawa mereka akan melompat BN.


Khalid, yang juga Pengerusi PKR negeri berkata, beliau ia penting ekoran perkembangan di Perak minggu lalu.


Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan membincangkan isu-isu lain.


Minggu lalu, kerajaan negeri itu telah mengadakan taklimat untuk memperuntukkan dana tahunan RM150,000 kepada kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor.


"Kita akan membincangkan sejauh mana peruntukan bagi ahli-ahli Parlimen dan ADUN boleh digunakan dengan sebaik yang mungkin.


Ketika ditanya mengenai Badrul Hisham yang dikatakan "hilang", Khalid memberitahu, wakil rakyat berkenaan dijangka hadir pada majlis tersebut.


Difahamkan bahawa pengundi-pengundi di kawasan Port Klang telah mengadu tentang ketidakhadiran wakil rakyat dalam banyak majlis dan sukar untuk berhubung dengannya

sumber - Mstar.online

3 ulasan:

adam d'Ant berkata...

..nafi, jgn tak nafi....mcm Nizar harituh, kata Kerajaan Perak stabil,and the following day tumbang....lolz!

Cakap org politics, dengar bole, percaya jangan terus...

API kecil kawan BESAR LAWAN berkata...

dengar-dengar
dah ramai tempah kostum katak dan
dah ramai belajar lompat katak
kot-kot ada sukanika antara AP dan ADUN ke? hadiah juta-juta katanya,
rupiah kot?
APAPUN RASUAH ADALAH HARAM
TIPU DOSA
SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
BERCAKAP BOHONG LAMA2 MAKAN DIRI

matalamat menghalalkan cara pun DOSA
betul tak tuan guru?

Taminsari berkata...

Salam..

Biarkan si PKR terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan..

Salam perjuangan