Oleh : Maharaja Zhou
Menurut Malaysiakini,Elizabeth Wong akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Namun, menurut MStaronline, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menegaskan, kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan masih belum kosong kerana wakil rakyatnya, Elizabeth Wong masih belum meletakkan jawatan.
Adakah Eli akan benar-benar meletakkan jawatan walaupun semakin banyak kisah dalamannya dibongkar di blog-blog?
Perkara ini sebenarnya telah diulas oleh sebuah blog ditulis oleh N K Khoo. Encik Khoo mempertikaikan komen-komennya yang memuji perletakan jawatan tersebut telah dipadamkan.Blogger tersebut bukanlah blogger pro-Kerajaan (malahan kebanyakan isinya bersifat anti UMNO dan BN) tetapi telah memberikan pandangan yang berbeza terhadap kes Eli Wong berbanding dengan pandangan rasmi PKR.
Ramai yang kritis tertanya-tanya dengan tindakan Eli yang menghilangkan diri ke luar negara dan ingin meletakkan jawatan. Walaupun sokongan diterima dari pelbagai lapisan pengundi termasuklah dari Muslimat PAS,tetapi persoalan tentang moral dan perilakunya terus mendapat ulasan blogger-blogger dan komentar di dalamnya khususnya di AIDC, Malaysian Insider, dan Youtube.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kes ini, soal BN terlibat dengan pengedaran gambar tersebut tidak wujud. Encik Khoo sendiri berpandangan bahawa sengketa dalaman PKR yang menimbulkan skandal ini dan bukannya angkara Barisan Nasional.Dan dikatakan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab akan terus menyebarkan gambar dan klip video ini sebagai usaha untuk mencemarkan peribadinya tersebut.
Ketua Penerangan PKR,adalah yang terkehadapan dalam membela Eli Wong. Tian Chua dikatakan akan menghenyak kepala sesiapa yang bertanya soalan tentang Elizabeth Wong (If you ask me again, I smash your head” ) apabila Agendadaily bertanyakan perkara itu kepadanya.
Tian Chua juga bukan sahaja bertindak terhadap laman berita tetapi juga terhadap blog dan memantau posting-posting berkenaan kes Eli Wong. Blog En. Khoo juga tidak terkecuali.
Oleh itu, adakah “usaha” Eli Wong untuk meletakkan jawatan ini benar?Adakah pimpinan PKR lebih pentingkan kuasa dari integriti?
Kita tunggu jawapannya!
sumber - Maharaja Zhou
1 ulasan:
pandangan yang ada logiknya
teruskan membongkar saudara
Catat Ulasan