MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Feb 2009

Hamas dakwa Fatah mengintip untuk Israel

GAZA CITY: Hamas hari ini mendakwa ejen Pihak Berkuasa Palestin bekerja sama dengan Israel ketika serangan terhadap Gaza, termasuk menggunakan Google Earth untuk menunjukkan sasaran di wilayah itu.

“Dengan bantuan perisian Google Earth, kumpulan terbabit menyediakan peta bagi menunjukkan masjid, institusi, terowong dan bengkel. Sasaran berkenaan kemudian dibedil tentera udara Israel," kata pegawai kanan perisikan Hamas, Abu Abdallah, pada sidang media, di sini.

Abdallah berkata, maklumat berkenaan turut mengandungi pelan kediaman Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya, serta lokasi terowong dan simpanan senjata.

Pegawai Hamas menunjukkan klip video yang didakwa pengakuan beberapa lelaki yang mengaku anggota Fatah, iaitu kumpulan utama dalam Pihak Berkuasa Palestin yang menguasai Tebing Barat selepas Hamas mengambil alih Gaza pada Jun 2007.

“Pegawai dan anggota pasukan keselamatan di Ramallah menugaskan ejen mereka untuk mengikuti pergerakan penentangan di Gaza.

“Maklumat ini dihantar ke Ramallah sebelum dipancarkan kepada musuh yang membedil sasaran berdasarkan maklumat yang dikutip semasa peperangan itu," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Ihab al-Ghossein, yang merujuk bandaraya di Tebing Barat di mana terletaknya ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin.

Serangan ganas Israel selama 22 hari yang berakhir pada 18 Januari lalu menyebabkan kemusnahan teruk Gaza dan membunuh lebih 1,300 rakyat Palestin. - AFP

sumber - Berita Harian

Tiada ulasan: