MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Feb 2009

Pengawal Nizar pukul jurugambar Oriental Daily

Andrew Ong | Feb 8, 09 7:40pm
Seorang jurugambar telah dipukul oleh seorang pengawal Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Tang Cheong Hoong, 26, dari akhbar Oriental Daily luka di bahagian kiri dahinya.

Tan turut ditumbuk di bahagian dagunya.

Insiden itu berlaku ketika Mohd Nizar hendak berucap di Kuil Arulmigusubramania di Gunung Cheroh pagi ini.

Menurut saksi, seorang pengawal berpakaian baju-T berwarna hitam bersikap kasar terhadap jurugambar tersebut sebelum menumbuknya dua kali.

Ketika ditemui wartawan, Tang berkata pengawal yang memukulnya itu kemudiannya memohon maaf dan berjabat tangannya.

Tang berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat laporan polis atau mengadu kepada Mohd Nizar.

Ketika dimaklumkan mengenainya, Mohd Nizar memberitahu wartawan bahawa beliau tidak menyedari bila insiden itu berlaku, sambil menambah beliau tidak bertanggungjawab (terhadap insiden tersebut).

Bagaimanapun, katanya, beliau sedih dan kesal dengan insiden itu.

sumber - Malaysiakini



1 ulasan:

Unknown berkata...

Pengawal Peribadi Nizar nak lepas geram @ marah pasal lepas ni dah takde kerja. Hua..hua..