MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Feb 2009

Apabila Karpal mula desak Anwar Ibrahim berundur..




Kemungkinan ramai anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR di Kedah dan Selangor akan menyertai Barisan Nasional yang akan mengakibatkan tumbangnya kerajaan PR di ke dua negeri itu dalam beberapa hari lagi . Ini adalah berikutan dengan persengketaan sesama sendiri yang mulai terserlah dalam Pakatan Rakyat .

Petang ini (8 febuari) Pengerusi DAP Karpal Singh telah menuduh Anwar Ibrahim menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Perak dengan mendakwa Anwar yang mencetuskan budaya melompat parti dan beliau mendesak Anwar supaya segera meletakan jawatan pemimpin de facto Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Anwar Ibrahim telah mengistiharkan bahawa partinya tidak bersama dengan Karpal Singh dalam hasrat untuk menyaman Sultan Perak Raja Azlan Shah di mahakamah kerana mengizinkan peralihan kuasa tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri dan tanpa menerusi undi tidak percaya dalam persidangan dewan itu.

Anggota PKR yang fanatik kepada Anwar Ibrahim tentunya marah dengan Karpal Singh kerana mereka meanggap Karpal tidak memahami situasi dan tekanan yang dihadapi oleh Anwar sekarang dari masyarakat Melayu.

Kabar yang tersebar petang ini ialah beberapa orang anggota Dewan Undangan Negeri Kedah dari PKR di Kedah dan juga beberapa orang anggota Pas di Selangor telah pun cuba untuk menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib tetapi tidak diketahui sebabnya.

Sementara itu kerajaan BN di negeri Perak yang sekarang ini hanya mempunyai majoriti tipis dijangka akan disertai oleh ramai lagi anggota pembangkang termasuk dari DAP. Ini adalah kabar angin yang sedang bertiup kencang di seluruh negeri Perak.

Arkitek dibelakang keruntuhan Pakatan Rakyat Perak dan juga kemungkinan di Kedah dan Selangor ialah Datuk Seri Najib yang selama ini sangat digeruni oleh Anwar Ibrahim . Beliau dikatakan telah mengatur pelarian sementara anggota Dewan Undangan Negeri BN Bota Datuk Nasarudin Hashim untuk memberi malu kepada Anwar Ibrahim.

Hanya beberapa jam selepas Anwar berbangga dengan penyelewengan anggota BN itu dua orang PKR dan seorang DAP mengistiharkan diri sebagai anggotra bebas dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan Nasarudin kembali ke pangkuan UMNO . Anwar yang bersorak hebat malu tertipu dan .Surat jemputan bagi MB Baru BN mengangkat sumpah telah tersedia dan diterima oleh semua anggota dewan termasuk dari PKR sendiri. Tidakkah ini menunjukan semuanya telah terancang rapi.

Silat pancak Najib telah menendang tepat kemuka Anwar Ibrahim dan hari ini Karal Singh pula telah melepaskan sepaknya ke punggong Anwar.

Demikianlah nasib seorang seniman jalanan.

sumber - Maharaja Blogger


1 ulasan:

othman berkata...

Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan mr.karpal yg. nampakna begitu berang dengan Anwar.Bagi peminat2 bro.anwar yg membaca komen ini,anda sepatutnya telah lama sedar bahawa tidak ada 'cinta' antara pendukung2 gerakan anti-melayu DAP ini terhadap anwar walau sebesar hama.Di zaman muda mereka,cobaan telah dilakukan untuk mengalau umat melayu dari bandar2 utk masuk hutan. Parti yang mereka dokong sekarang ini telah mempamerkan penyapu gergasi (lebih besar dari penyapu khir toyo)sebagai lambang untuk menghalau melayu dari bandaraya K.L. Namun Tindakan melampau mereka ini telah mendapat respons yang begitu agresif dari orang2 melayu dan sikap arrogant yg melampau itu telah memakan diri mereka.Ini satu pengalaman/pengajaran yg.dijadikan iktibar oleh puak2 ini.Walaupun mereka gagal pada percubaan pertama tsb.namun api kemarahan mereka terhadap melayu tetap membara dan sentiasa mencari peluang untuk bertindak.Strategi yg. tak pernah lapuk iaitu 'pecah dan perentah'telah dijadikan pendekatan baru golongan ini.Dan apabila muncul seorang pengkhianat melayu bernama anwar dalam pergolakan politik m'sia, peluang untuk memecahkan melayu terbuka luas, maka anwar pun disambut, dijulang dan ditatang dgn. begitu gah.Kemampuan anwar untuk kelentong orang2 melayu yang naive dgn.retoriknya yg. memukau telah digunakan oleh golongan ini utk. mencapai maksud mereka.Percayalah wahai peminat2 taksub anwar! puak2 ini sedang ketawa terbahak2 melihat anwar memecahbelahkan bangsanya sedang mereka tak perlu mengeluarkan walau setitik peluh bagi mencapai cita2 mereka.
Cobalah anda fikirkan...bukankah karpal orang pertama yg.highlightkan isu sodomy anwar di parlimen semasa anwar dalam kerajaan dulu..tiba2 senyap bila anwar jadi pembangkang. Namun saya berkeyakinan bahawa kebencian karpal dan pendokong2 DAP terhadap anwar terpaksa disembunyikan memandangkan agenda kotor mereka sedang dilaksanakan oleh anwar sendiri. Mungkinkah
Outburst yg ditunjukkan oleh karpal baru2 ini sebagai tanda karpal sudah tidak lagi berupaya menyimpan rasa bencinya yg meluap2 terhadap anwar. Setakat ini tembok2yg. memenjara kebencian terhadap anwar di hati cina2 DAP nampaknya masih teguh, namun tembok2 ini akan runtuh jua bila pembohongan demi pembohongan yg dicanangkan anwar akhirnya memakan diri dan agenda besar cina2 DAP ini terbantut oleh kelentongan yang tak habis2 oleh manusia bernama anwar ini.

abeman.