MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Feb 2009

MB gagal bubar DUN Perak



MB gagal bubar DUN Perak


Feb 4, 09 12:23pm
kemaskini 9.26pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghabiskan masa hampir dua jam di istana menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas empat wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Selain tiga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) PKR dan DAP keluar parti masing-masing, wakil rakyat Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - menyertai PKR selama 10 hari - kembali menyokong parti asalnya.

Mohamad Nizar kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak selepas mengumumkan kerajaan pimpinannya ingin membubarkan DUN dan berharap baginda memperkenan keputusan tersebut.

Desas-desus tentang pembubaran DUN itu sejak menjelang tengah hari berakhir dengan kenyataan menteri besar bahawa "terserah kepada tuanku" sewaktu keluar istana jam 5.35 petang.

Difahamkan baginda tidak memberi perkenan kepada Pakatan Rakyat membubarkan DUN.

Mohamad Nizar dijadual mengadakan sidang akhbarnya jam 10 malam ini di kediaman rasminya berhubung perkembangan terbaru kerajaan pimpinannya itu.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini sejak bermula desas-desus ini, enggan memberi sebarang ulasan buat masa sekarang.

Adun Jelapang dan juga Timbalan Speaker DUN Hee Yit Foong meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - memulakan pergolakan politik di negeri itu yang kelihatan berakhir dengan pembentukan kerajaan baru BN.

Dengan tindakan empat Adun itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 28 daripada 59 kerusi DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis tiga kerusi.

sumber - Malaysiakini.com


2 ulasan:

Cheguman berkata...

2-3 hari lalu Nizar kata kerajaan dia tak ada masalah.

Truth prevails berkata...

Ahli2 party politics banyak yang bole di"butteringkan"....tak mungkin Sultan Perak yang bijaksana seantero dunia lagi tegas itu bole dipergulakan.