MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Feb 2009

Lompat parti gadai perinsip - Anwar



Salam,

Saya menerima sms yang datangnya dari langganan sms akhbar Harakah yang tertulis: "Anwar minta wakil rakyat jangan gadai prinsip untuk bersekongkol dengan penjenayah dalam soal lompat melompat parti" - HRKH

Menilai dan meneliti pandangan Anwar ini, kita perlu melihat kembali peristiwa yang dikatakan oleh Anwar sendiri yang mana dia akan menjadi PM Malaysia pada 16hb September 2008 melalui lompat melompat parti iaitu pada ketika itu ahli Parlimen BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Yb Datuk Ibrahim Ali dalam parlimen secara sinis mengatakan bahawa kalau ianya mengadai prinsip mengapa sehingga menghantar rombongan ke Taiwan untuk memujuk ahli-ahli Parlimen melompat parti dahulu?

Saya tidak mahu mengulas panjang akan hal di mana Anwar dan konco-konconya merasakan lompat parti itu hanya salah jika Pakatan Rakyat lompat ke BN dan tidak sebaliknya. Yang mahu saya bincang adalah:-

1. Sedar tak rakyat Malaysia bahawa mereka telah direndahkan martabat minda mereka dengan peristiwa 16 Sept ini? Mereka telah ditipu hanya kerana Anwar menggunakan kepetahannya untuk meyakinkan rakyat bahawa 16 September akan berlaku dan ianya tidak SALAH !

2. Sedar tak PAS telah bergolak teruk ekoran 16 September ini dimana perselisihan terbuka antara Datuk Mustafa Ali dan Datuk Nik Aziz serta Datuk Husam Musa dengan penyokong-penyokong Dato Seri Hadi Awang dalam menyatakan sikap tentang lompat parti ini?

3. Sedar tak DAP juga bergolak apabila YB Karpal Singh sebenarnya tidak bersetuju akan perbuatan lompat part ini dari awal kerana berpegang kepada prinsip tidak bermoral untuk seseorang itu melompat parti?

4. Sedar tak DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung serta Raja-raja Melayu juga telah di"manipulasi" oleh Anwar dimana dalam hal lompat parti 16 Sept dia menunjukkan kononnya hormat akan Institusi Raja kerana minta mengadap namun peristiwa di Perak, titah Baginda Sultan Perak tidak dipeduli kerana tidak menyebelahinya?

Maka, dalam hal lompat parti ini, Anwar telah menipu hampir semua pihak di dalam negara ini termasuk dirinya sendiri dengan mengeluarkan kata-kata seperti pada sms tadi dengan tidak langsung merasa berdosa akan kata-katanya itu yang jelas suatu penipuan!

Kalau semua pihak Anwar boleh berbohong dalam satu isu, maka tidak mustahil Anwar boleh juga berbohong dalam semua isu...

sumber - purehadarist

2 ulasan:

bzz berkata...

Ermm kasik sms sikit Anwar ni.

Kita undi dia jadi raja lawak musim ke 3. Ada harapan peyokong berani mati tu abis duit gaji untuk bagi menang.

"awak ni lawak ada, skill ada, petah, berani, pandai reka cerita, pandai buat sakit... Sikit2 poyo tu pun adalah..." - kata salah seorang juri.

Unknown berkata...

Anwar ni dah pening ker nyanyuk..
Rasanya dah nyanyuklah, cakap merapu jer..

Tak ada pendirian langsung..
Dia nak 'cover' balik yang dia kata 16 Sept tu..

Penjenayah...sape penjenayah?? Dialah dalang sebenar yang selalu berselindung di sebalik bayang2nya..