MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Feb 2009

Betulkah YB Tian Chua salah seorang bekas teman lelaki Elizabeth?



Isu penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong makin hangat apabila beberapa blog mula menyiarkan pelbagai berita mengenai kehidupan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu. Ini termasuklah dakwaan yang menyebut Elizabeth memang suka bertukar-tukar teman lelaki.

Tidak terlepas, ada blog mendakwa Ketua Penerangan PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua adalah bekas teman lelaki Elizabeth. Bagi mendapatkan penjelasan beliau, Agendadaily telah menemui Tian Chua di lobi Parlimen hari Khamis.

Apa yang mengejutkan apabila soalan tersebut diajukan kepadanya, Tian Chua yang biasanya 'mesra media' terus mengancam "If you ask me again, I smash your head".

Lebih lanjut lagi, beliau turut mengugut akan menyaman Agendadaily sekiranya menyiarkan laporan yang menyebut beliau bekas teman lelaki Elizabeth. Serentak dengan itu beliau meminta wartawan Agendadaily beredar daripada sisinya.

Sementara itu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ketika mengulas mengenai laporan blog-blog berkenaan, berkata, jika benar Elizabeth mempunyai kehidupan sosial yang begitu, beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima perletakan jawatan ADUN Bukit Lanjan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Eleizabeth hari Khamis berlepas ke luar negara bagi mencari ketenangan. - 19/2/2009


sumber - Agendadaily.com

1 ulasan:

Widuri3z berkata...

Marah betul Tian Chua bila tanya soalan hubungannya dn Elizabeth Wong.

Kalau tak salah, kenapa nk marah2. Mesti ada yang tak kena ni. Kena siasat ni.