MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Feb 2009

Lompat Parti : Anwar jadi target kritikan




Sebelum ini apabila para pemimpin Barisan Nasional (BN) cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda.Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan tidak lama dahulu.

Kemudiannya beliau tampil bergaya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota,Perak Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR.

Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula. Bagi Anwar itulah demokrasi.

Namun apabila dua Exco Kerajaan Negeri PKR Perak,Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu isytihar diri melompat jadi wakil rakyat Bebas, beliau terus menjerit kata tak sah.

Rupanya dalam barisan pembangkang ramai yang ‘angin satu badan’ pada Anwar kerana bersikap lidah bercabang dalam soal melompat parti.

Ada yang memendam rasa dan ada yang sudah tidak tahan dengan karenahnya.



Ahad, Pengerusi DAP, Karpal Singh lepas bom apabila beliau dalam satu sidang akhbar di Georgetown mahu Anwar letak jawatan sebagai Ketua Umum barisan pembangkang.

Baginya Anwar tidak layak jadi ketua mereka kerana bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan ketegangan di kalangan pembangkang.

Karpal mengakui ahli PKR dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

"Beliau telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.

"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang.


Difahamkan di kalangan pemimpin pembangkang merasakan tamparan hebat apabila Anwar terkena jeratnya sendiri dengan tindakan Nasaruddin kembali menyertai UMNO.

Ada yang merasa malu kerana tak tahu nak berjawab lagi dalam soal lompat parti kerana semua tahu Anwar adalah 'kepala' dalam tindak-tanduk ini.

Mereka dikatakan menyalahkan Anwar hingga jatuhnya kerajaan negeri Perak kepada BN kerana nak mengejar cita-citanya merampas kerajaan pusat menerusi pintu belakang.

Juga difahamkan selain DAP, di kalangan pimpinan PAS sendiri berbeza pendapat terhadap gerakan Anwar nak memancing Ahli Parlimen BN menerusi lompat parti.

Mereka yang diketahui kuat mendokongnya hanyalah puak Erdogan - iaitu gelaran bagi kalangan pemimpin PAS yang pro-Anwar diketuai oleh Datuk Husam Musa.-

sumber - Agendadaily




Tiada ulasan: