MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Feb 2009

Kes liwat: Anwar tidak hadir ke mahkamah

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak hadir ke mahkamah berhubung perbicaraan kes liwat beliau.

Mahkamah mula bersidang pada pukul 10.10 pagi tadi.

Minggu lalu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh mengemukakan notis bantahan di Mahkamah Tinggi, supaya Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan menarik diri daripada semua prosiding membabitkan kes liwatnya.

Anwar melalui peguamnya, Sulaiman Abdullah membuat permohonan itu untuk mengenepikan kelayakan Mohamed Yusof dengan alasan beliau adalah pegawai dari Pejabat Peguam Negara yang terbabit dalam Suruhanjaya Siasatan berhubung insiden mata lebam Anwar pada 1998.

Sulaiman berkata, beliau baru saja menerima arahan daripada anak guamnya untuk membuat permohonan supaya Mohamed Yusof menarik diri daripada prosiding kes itu.

Mohamed Yusof bagaimanapun berkata, beliau memerlukan masa untuk memasukkan hujahan bertulisnya berserta afidavit sokongannya terhadap permohonan Anwar.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tiga hari bermula 25 Februari ini untuk hujahan berhubung permohonan itu daripada kedua-dua pihak.

Mohamad Zabidin juga menetapkan hujahan permohonan semakan pihak pendakwaan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan kes liwat Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, dikemukakan sebaik saja hujahan permohonan supaya Mohamed Yusof menarik diri selesai.

Anwar, 61, didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap Mohd Saiful, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun lalu.

sumber: mStar Online

1 ulasan:

Unknown berkata...

Anwar tak hadir lagi, mmg banyak karenah betul Anwar ni...sengaja nak lewatkan kes liwatnya.