MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Feb 2009

Hakim tarik diri dengar saman Nizar

KUALA LUMPUR: Pesuruhajaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dua hari lalu Mohamad Ariff berkata, beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Minggu lalu, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undang-undang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry.

sumber: mStar Online

Tiada ulasan: