MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Feb 2009

Anwar disalahkan, digesa bertaubat, tidak pimpin Pakatan - Karpal




GEORGE TOWN: Ketika krisis politik di Perak masih belum menemui penyelesaian muktamad, Pengerusi DAP, Karpal Singh pula menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.


Ia merupakan kenyataan seumpama itu sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu.


Karpal mendakwa Ketua Umum itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.


"Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.


"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.


Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini bagi mengulas laporan polis oleh Pemuda Umno berhubung kenyataannya untuk mengemukakan saman terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung peralihan kuasa di negeri itu.


Karpal turut menegaskan bahawa Anwar harus menjawab banyak persoalan terhadap kekecohan yang berlaku dalam PR hari ini.


Karpal menambah, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.


Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan.


Pakatan kehilangan Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar.


Tiga daripada mereka kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi iaitu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR, kembali ke Umno dalam tempoh tidak sampai 10 hari.


Pakatan Rakyat ditubuhkan April lalu selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR.


Anwar telah dilantik sebagai Ketua Umum.


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kemudian sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


Sejak pembentukan Pakatan Rakyat, Anwar mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 16 September.


Bagaimanapun sasaran itu tidak menjadi kenyataan.


Sebaliknya beliau terus meyakinkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa beliau mempunyai sejumlah wakil rakyat BN yang secukupnya untuk tujuan tersebut.


Karpal turut melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pemimpin PKR dan DAP yang memberi sokongan terhadap tindakan lompat parti.


Katanya, sebagai Pengerusi kebangsaan DAP, para pemimpin dalam parti itu seharusnya memberikan sokongan terhadapnya dan bukan menyokong Anwar.


"Saya kesal kerana saya tidak berupaya mendapat sokongan malah daripada pemimpin parti saya sendiri. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sepatutnya menyokong saya, bukan mengeluarkan kenyataan untuk menyokong Anwar Ibrahim.


"Saya mohon sokongan... saya adalah Pengerusi DAP hingga sekarang. Saya memberi amaran kepada pemimpin parti saya jangan keterlaluan mendesak saya... saya telah banyak bersabar selama ini.


"Janganlah jadikan perkara ini semakin meruncing demi kepentingan Pakatan dan demi kepentingan DAP," katanya.


Karpal menegaskan bahawa Pakatan seharusnya terus memastikan kekukuhan parti dan mendapatkan sokongan rakyat sepenuhnya pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk sebuah kerajaan bagi mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional.


"Jangan ambil mudah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mandat untuk pembentukan sebuah kerajaan harus datang daripada rakyat," katanya.




JANGAN UGUT


Malah, Pengerusi Kebangsaan DAP itu mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.


Karpal menyifatkan saman-saman itu sebagai suatu ugutan.


"Jangan main-main dengan saya," katanya.


Karpal dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah dan kerajaan negeri yang baru berikutan pelucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional di negeri itu yang didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.


Beliau juga berkata Sultan Azlan Shah adalah raja di negeri Perak dan harus mengikut undang-undang negeri Perak kerana undang-undang itu yang memberi status kepada baginda untuk menjadi raja di negeri tersebut.


Mengenai laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh dua pergerakan Pemuda Umno di negeri ini Karpal berkata: "Umno tidak boleh ugut saya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan dari rakyat pada pilihan raya umum yang lepas."


Ditanya sama ada pihak polis telah menemuinya bagi mengambil keterangan berhubung laporan polis terhadapnya, Karpal menjelaskan bahawa tiada polis yang datang bertemu dengannya setakat ini.

Sumber - Mstar.online


GEORGE TOWN Ketika krisis politik di Perak belum selesai, Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang.

Karpal mendakwa Ketua Umum itu yang mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.


"Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.


"Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin," kata beliau menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.



Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri Perak yang sebelum ini diterajui Pakatan.


Pakatan kehilangan Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar.


Tiga daripada mereka bertindak sebagai wakil rakyat Bebas manakala seorang lagi iaitu ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kemudian kembali ke Umno dalam tempoh tidak sampai 10 hari.


Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu dengan dianggotai DAP, PAS dan PKR.

sumber - mstar.online




6 ulasan:

Ezad berkata...

nah!!
siapa pemimpin baru yg karpal nak lantik ni?

melayu mana layak jadi pemimpin - itu brgkali ada dlm benak karpal..

kan??

Mohd Farid Bin Mohd Taufik berkata...

mungkin nizar ex mb.....hahahaahahaha....x dapat jadi mb.....jadi pm plak lah.....hahahahaha

bujang berkata...

karpal lantik diri sendiri laaa...
nanti seluruh parti pakai kerusi roda plak!!

huahuahuahua!!!

alluqman berkata...

Ingatkan nuar ni bijak.....

Najib lagi bijak... ni baru pemimpin. buat apa pemimpin tak cukup makan....

Unknown berkata...

Sandiwara Karpal dah bermula...

Sama-samalah kita saksikan episod drama India

zali berkata...

siapa pemimpin baru yg karpal nak lantik ni?

sapa lagi kalau bukan lebai mangkuk.

yang satu tiada taranya,yang baik dari yang terbaik!

http://lebai-mangkuk.blogspot.com

hidup lebai mangkuk!