MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Feb 2009

ADUN Behrang: "PKR tidak mahukan saya"

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti buat masa sekarang meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beliau wakili "sudah tidak mahu menerimanya."

Sambil menegaskan PKR yang tidak mahukannya, Jamaluddin berkata, beliau akan menentukan parti yang ingin wakili dan kedudukannya kemudian.


"Bukan saya tidak mahu parti (PKR) tetapi parti yang tidak mahukan saya... saya akan fikir dulu... saya tidak akan masuk mana-mana parti sehingga buat keputusan," kata beliau ketika dihubungi.


"Saya pelik... kalau saudara dalam keadaan saya, fikirkan... patut atau tidak mana-mana parti menyerahkan surat letak jawatan kepada orang lain (Speaker)... surat ini ditandatangani Mac 2008.


"Ini menunjukkan bukan saya tidak mahu parti, tetapi parti yang tidak mahu saya," katanya.


Semalam beliau memberitahu bahawa sedang mengikuti rawatan tradisional di sebuah kawasand di Pahang.


Beliau mengulas perkembangan terbaru ekoran keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering dan DUN Behrang dan kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd. Osman Jailu sebagai ADUN Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai ADUN Behrang.


"SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang keduadua kerusi berkenaan.


"Ia juga memandangkan keduadua ADUN itu secara sedar telah mengesahkan bahawa suratsurat berkenaan tidak berkuat kuasa," katanya di Putrajaya.


Ketika ditanya sama gembira dengan keputusan itu, Jamaluddin yang jyga Exco Kerajaan Negeri Perak memberitahu:


"Na kata gembira pun tidak, tidak gembira pun tidak... tapi saya terima apa juga keputusan SPR sama ada mahu adakan pilihan raya ataupun tidak.


"Kita kena patuh undang-undang. Jika kita sendiri tak patuh undang-undang siapa lagi yang patuh undang-undang," katanya lagi.


Mengenai kedudukan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin berkata, beliau menyerahkan kepada parti dan kerajaan negeri.


"Apa yang penting saya boleh berkhidmat untuk rakyat (sebagai ADUN," katanya lagi.


sumber - Mstar.online


1 ulasan:

bungaraya berkata...

Sungguh malang nasib di Luncai. PKR kata biarkan ia terjuan dengan labu-labunya. Tidak hairan jika PKR tidak lagi menyayangi dua Adun mereka itu. Jika mereka hebat dan boleh membawa kecemerlangan kepada PKR, agak aku mesti mereka mendapat kesayangan PKR. Namun mereka akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Jika UMNO welcome mereka, UMNO juga semakin terpalit dengan kesalahan rasuah mereka ini. Sebab itulah mereka tidfak boleh melompat keparti UMNO sebab UMNO juga tidak welcome mereka. Tinggallah mereka terkapai-kapai kelesuan dan sakit yang direka-reka. Stress lah tu.