MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Jan 2009

Teguran DAP tidak hormati Anwar - penganalisis



Teguran DAP tidak hormati Anwar - penganalisis


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memastikan pemimpin parti itu lebih berdisiplin menggambarkan pakatan pembangkang itu masih berada dalam proses penyesuaian dalaman.


Perkara sedemikian dilihat oleh penganalisis politik tempatan sebagai tindakan tidak matang kerana ia menunjukkan kerapuhan sistem pakatan yang mereka amalkan.


Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata situasi sedemikian menggambarkan seolah-olah Anwar tidak dihormati.


Jelasnya perkata itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS masih belum mempunyai seorang ketua yang disegani.


"Walaupun Anwar kini sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, namun tindak tanduk mereka seolah-olah tidak menghormati Anwar sebagai ketua.


"Malah mereka juga dilihat seperti sedang tercari-cari seorang pemimpin yang disegani," katanya kepada mStar Online.


Semalam Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan supaya Anwar memastikan pemimpin-pemimpin PKR lebih berdisiplin dalam usaha mengekalkan Pakatan Rakyat terus diterima rakyat.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini iaitu terdapat beberapa pemimpin PKR bergaduh dengan pemimpin PAS di Perak yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.


Ahmad berkata sepatutnya Guan Eng tidak membuat teguran terbuka melalui media kerana tindakan tersebut sedikit sebanyak boleh mengeruhkan hubungan parti komponen dalam pakatan pembangkang itu.


"Sepatutnya tegurlah dalam mesyuarat atau secara bertulis kerana melalui cara itu nampak lebih baik dan elok," katanya.


Malah jelas beliau lagi teguran terbuka seumpama itu juga boleh menyebabkan hati penyokong PKR mahupun PAS terguris.


"Tindakan Guang Eng itu juga boleh menyebabkan ramai yang berkecil hati dan terguris kerana ia seolah-olah menggambarkan pimpinan kedua-dua parti berkenaan tidak berjaya mengawal ahli-ahlinya," katanya.


Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berpendapat 'perbalahan pandangan' yang wujud dalam Pakatan Rakyat akan terus berterusan.


"Teguran Guan Eng itu ada asasnya kerana mereka sememangnya akan terus berbalah sesama sendiri untuk satu tempoh yang lama.


"Malah saya juga menjangkakan proses orientasi barisan pembangkang itu akan berterusan hingga satu penggal," katanya.


Jelasnya antara PKR, PAS dan DAP mereka masih belum betul-betul mengenali antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai matlamat dan ideologi yang berbeza.


"Latar belakang mereka berbeza, agenda dan ideologi juga berbeza kerana pakatan itu hanya bersatu dalam pilihan raya dengan sasaran untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN).


"Kemudian lepas pilihan raya mereka kembali bawa haluan masing-masing dengan cara dan pemikiran yang berbeza-beza," katanya.


Bagaimanapun beliau berkata teguran Guan Eng itu kena pada tempatnya.


"Mungkin Guang Eng sedar perbalahan antara PKR dan PAS akan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan negara.


"Beliau mungkin juga tidak mahu pergaduhan PKR dan PAS akan turut mengheret DAP dalam masalah yang timbul," katanya.

sumber - Mstar.online



2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Anwar tidak disegani ?

Memang benar.

Kesan sabitan isu liwat menjatuhkan maruah Anwar.

Selama ini memang dia tak disegani juga cuma dia telah diperalatkan sepenuhnya oleh PAS dan DAP.

untuk kepentingan politik masing masing..

Cuma pelik kenapa Anwar tak segan segan nak jadi PM Malaysia?

ada orang dapat bagi jawapan ?

Tanpa Nama berkata...

Cantek la diaorang berbalah... biaq pi tengok. tak lama depa ni memerintah.