MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Jan 2009

Skrip baru..'Perjalanan Anwar ke Putrajaya'..



Skrip baru..'Perjalanan Anwar ke Putrajaya'..


Walaupun telah terbukti segala kenyataan dan perancangan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru gagal, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendendangkan lagu hendak bentuk kerajaan baru.

Jika sasarannya pada 16 September dan menjelang Hari Raya Aidil Adha kini tinggal angan-angan, pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula dijadikan ‘skrip’ baru bagi melengkapkan drama ‘Perjalanan Anwar ke Putrajaya’.

Menurut beliau, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi faktor mempercepatkan usaha membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu hari Rabu.

Kenyataan terbaru beliau itu jika diimbas kembali tidak banyak bezanya dengan lagu yang ‘dinyanyikan’ pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu.

Jika ketika itu, kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan memberikan tiket bagi beliau masuk ke Dewan Rakyat dan menjadi Perdana Menteri, kini kemenangan PAS pula dikatakan akan menunaikan impiannya untuk bergelar orang nombor satu di Malaysia.

Namun hakikatnya, setelah segala perancangannya tidak menjadi, Anwar menyalahkan pula kerajaan sedia ada sebagai penghalang kepada usahanya membentuk kerajaan baru.

Walaupun mendakwa mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat bagi menyertainya membentuk kerajaan.

Namun semua itu tidak pernah dapat dibuktikan oleh Anwar.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu menjadi ‘Mat Jenin’ dalam soal pembentukan kerajaan baru dan juga dilaporkan tidak pernah melihat senarai yang didakwa Anwar .

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali yang tidak yakin kerajaan baru dapat dibentuk dilaporkan pernah berkata, beliau meminta semua pihak menunggu 16 September untuk mengetahui adakah Anwar benar tentang usahanya itu atau kenyataan beliau bahawa usaha berkenan tidak akan menjadi kenyataan yang benar.

Apa-apa pun ada yang memberikan komen ‘biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya’. – 7/1/2008

sumber - Agendadaily





3 ulasan:

Kamarulzaman Kamdias berkata...

Anwar Ibrahim ni mendpt hak keistimewaan secara semulajadi. Pemimpin lain rasuah dikutuk. Dia rasuah dipuji dan disokong. Org lain buat skandal hancur lebur politik tp dia buat makin popular dan makin ramai yg taksub. Org lain bohong kena maki tp dia bohong org tertunggu2 minta dobohong lg..
sambil2 tu lawatlah kepal nasi, kpeal beras/ kkamdias.blogspot.com sekali

acap berkata...

saudara kamarulzaman kamdias...
itulah kelebihan anwar. susah mencari pemimpin sprti dia, dia ada aura, hati yang besaruntuk membawa perubahan malaysia walaupun difitnah, dicerca, dihina, tanpa bukti yang sangat kukuh oleh seluruh lidah MASSA GERGASI Malaysia, RTM, TV3, BRITA HAIRAN, UTUSAN MELOYA, METRO, MALAH AIDC sendiri, namun ak heran,masih terlalu banyak rakyat menanti kelibat dia, menyokong dia: bukti(PR mng 5 negeri, prtambahan mndadak undi P.pauh). rakyat tidak bodoh dan taksub dgan sumpah SAIFUL, sbb mereka tahu rmai org melayu akhir zaman ini tidak beriman(minum arak, judi, black metal), apalah lg dgan sumpah tergagap gagap oleh SAIFUL.

Unknown berkata...

Saudara acap,

Jangan lupa juga setiap manusia ada kelemahan. Begitu juga dengan anwar..takkan anwar yang saudara dipuja puji itu 'maksum' sangat

Sekurang-kurangnya Saiful berani bersumpah..itu urusan dia dengan Allah,janji keraguan hati manusia sedikit terbuka.

Bagaimana pula dengan Anwar? Beranikah dia bersumpah supaya kecurigaan & syak wasangka rakyat Malaysia terhapus???