MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Jan 2009

Pakatan Rakyat tetap dikekal badan informal - Anwar

Oleh G.MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk menjadikan ikatan pembangkang itu sebagai sebuah ikatan parti yang formal buat masa sekarang, kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu memberitahu, adalah terlalu awal untuk membuat jangkaan ikatan pembangkang itu akan menjadi mantap sebagai satu badan formal.


Malah kata beliau, keadaan masih belum terdesak untuk pihaknya berbuat demikian.

"Sama ada ia akan menjadi satu parti agak terlalu awal untuk kita membuat jangkaan bahawa ia akan menjadi mantap sebagai satu (parti)... saya ingat tidak ada rencana (rancangan) ke arah itu pun.

"Tapi saya tidak fikir ia mendesak, tidak perlu pakatan itu berkembang dan terbentuk sebagai satu parti, tidak perlu," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan bangunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, semalam.

Penasihat PKR itu menambah, parti-parti komponennya perlu menjadikan permuafakatan lebih erat.

"Kalau ada masalah, masalah itu diselesaikan, dan kepimpinan (Pakatan Rakyat) komited untuk memastikan pakatan itu adalah kuat," katanya.

Pakatan Rakyat diumumkan pembentukan selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Ia dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.

Sehingga kini ia masih berperanan sebagai sebuah ikatan tidak formal disebabkan faktor politik dan perundangan.

Tiada ulasan: