Saya tak menentang bagi tanah kat siapa pun, asalkan dia disahkan berhak. Yang saya tak puas hati ialah kenapa dibagi hak milik 999 tahun. Bak kata Cik Gu Pa, "selagi adanya bulan dan matahari".
Posting asal
Saya dilahirkan di Jebong, Matang, Taiping, Perak. Apa pasal nama dia Jebong mana aku tau. Di belah-belah kampung Mat Sabu, jebong ialah panggilan kepada pondan.
Oleh kerana ada roots di Perak, memang sebak hati saya apabila membaca berita Raja Muda Perak sebak (Sila baca Utusan Malaysia 16 Januari 2009 bertajuk "Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu").
Sehari dua lalu, kawan-kawan dalam Umno menyatakan, dalam pertemuan Datuk Ibrahim Ali dan beberapa orang lagi dengan istana Perak, pihak istana menyatakan rasa tidak senang dengan rancangan memberikan apa yang dinyatakan oleh Haji Mustapha Ali sebagai pemberian hak milik "selagi adanya bulan dan matahari" yang "hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris" (Sila baca posting Cik Gu Pa yang bertajuk "Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja") Saya bersetuju dengan Cik Gu Pa. Bukan kerana dia Cik Gu Pa, tetapi kerana apa yang dia cakap tu betul pada saya.
Untuk berlaku adil terhadap pandangan semua pihak, sila baca tulisan kawan saya, Zin Mahmud bertajuk "Hilang tanah akibat Darurat" (Utusan Malaysia 18 Januari 2009).
Kepada saya, jika benar istana tidak puas hati dan jika benar perasaan itu disampaikan kepada Ibrahim, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tak bolehlah buat pekak sahaja. Nak mentadbir negeri perlukan kerjasama istana. Kalau istana buat hal, banyak susahnya. Tanyalah kerajaan PAS Kelantan yang banyak pengalaman menghadapi karenah istana.
Orang biasa seperti saya boleh merasa meluat terhadap istana. Memang sejak dari sekolah menengah lagi saya tak akan angkat tangan berdoa apabila khatib membaca doa istana setiap kali saya pergi sembahyang Jumaat.
Tetapi, orang kerajaan seperti Yeop kita yang menjadi Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh buat pekak badak terhadap keresahan dan sebaknya istana - tak kiralah walaupun istana Perak juga yang menggadai tanah air dan maruah bangsa melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
Tinggal lagi, saya berharap semua pihak yang sebak supaya merasa sebak juga dengan tindakan kerajaan Perak sebelum pilihan raya 8 Mac tahun lalu yang memfaraidkan 20,000 ekar tanah kepada tauke Cina di Lumut. Tak eloklah sebak bertompok, sedih tak merata. Janganlah hendaknya sebak berpilih-pilih.
Saya juga akan berusaha untuk menghilangkan sebak dengan mencari pelbagai fakta tentang keadilan kerajaan Perak sebelum pilihan raya 8 Mac lalu dalam soal pemilikan tanah di negeri saya itu. Sebagai pemulaan untuk menghilangkan sebak, saya dah baca posting kawan saya, Sheikh Teluk Intan yang bertajuk "Meto betoi teman dengan si Nizar nih!!!!!"
sumber - penarik beca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan