MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jan 2009

Anwar operator CIA



Anwar operator CIA


Kemasukan secara tiba-tiba ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim ke dalam PKR menguatkan spekulasi bahawa CIA telah bantu Anwar beli calon-calon BN.

Dikhabarkan Anwar telah hubungi tujuh ADUN BN di Perak, tetapi yang bersetuju untuk melompat hanyalah ADUN Bota. Anwar beri jaminan ada tiga ADUN BN lagi akan melompat.

Di Negeri Sembilan, cerita sama juga berlaku. Dikhabarkan tiga ADUN BN akan melompat ke PKR. Khabarnya, jika tiga ADUN ini melompat, PR akan boleh membentuk kerajaan dan seorang Menteri Besar dari PKR akan dipilih, berkongsi kuasa dengan DAP.

Sekali lagi Anwar berperanan di sebalik pembelian calon-calon itu.

Anwar operator CIA

Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Menjelajah ke luar negara bercakap topic DEMOKRASI, kecam Sadam Hussien perlu ditumbangkan kerana tidak demokrasi. Kecam Iran tidak demokrasi, kecam Osama Laden sebagai teroris, tetapi dalam masa sama membela Wolfowitz , si zionis Amerika yang membunuh beribu-ribu umat Islam di Iraq. Walhal kalau Anwar bukan operator CIA, yang sepatutnya dikecam bukannya Osama Laden, tetapi si Zionis Wolfowitz yang secara jelas membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Iraq, ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.

Jadi memang patut seorang wartawan Iraq lempar kasut kepada Presiden Bush, sebagai melambangkan kebencian rakyat Iraq di atas serangan Amerika.

Anwar kata dia bantah cara Wolfowitz serang Iraq. Tetapi dalam masa sama mempertahankan Wolfowitz sebagai kawan baiknya, meskipun seluruh dunia mengecam Wolfowitz. Bukankah itu lidah bercabang!





Anwar kata dia bantah Wolfowitz di Pentagon. Betulkah dia bantah, sedangkan Stephen Sackur wartawan BBC HARD TALK pun seperti tidak percaya Anwar bantah Wolfowitz.(lihat video di atas)

Kenapa Stephen Sackur tidak percaya kata-kata Anwar ?

Pertama kenyataan media susulan daripada Anwar yang menyatakan kecaman itu selain dari cakap satu pihak sahaja (Anwar).

Kedua, perjumpaan Anwar dan Wolfowitz di Pentagon, pusat CIA. Seseorang yang dikenali sebagai identiti Muslim akan disoalsiasat dengan rapi ketika mahu masuk ke Amerika, apatah lagi masuk ke Pentagon yang merupakan pusat CIA Amerika. Tidak siapapun muslim dapat masuk ke pusat CIA itu, kecuali telah dikenalpasti sebagai rakan atau operator atau talibarut Amerika.




Wolfowitz, si zionis itu akan menghalau Anwar, jika dikenalpasti Anwar sebagai musuh, sebaliknya akan mengalu-alukan jika Anwar adalah tali barut Timbalan Setiausaha Amerika itu.

Ketiga, selepas pertemuan, Anwar disogok pelbagai ’habuan’ oleh Wolfowitz termasuk pensyarah pelawat di John Hopkins Universiti (bekas tempat Wolfowitz jadi dekan), konsultan Bank Dunia dan Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future (kedua-dua habuan ini diberi ketika Wolfowitz jadi Presiden Bank Dunia).

Begitu murah maruah Anwar, bercakap berdegar-degar membantah Wolfowitz membunuh umat Islam, tetapi dalam masa sama mengutip laba dan menjadi khadam berketuakan si Yahudi itu.

Kalau benar sekalipun Anwar membantah Wolfowitz kerana serangan Iraq, orang seperti ini (Anwar) tidak layak menjadi menjadi ketua apatah lagi menjadi PM, kerana, cakap berdegar-degar, tetapi mudah 'dibeli' dan mudah tunduk kepada sesiapa sahaja (walaupun Yahudi) asalkan orang itu berkuasa dan mempunyai banyak duit.

Tidak hairan Anwar suka membeli orang, kerana dirinya pun mudah dibeli dengan wang ringgit.

Ketika Anwar berbuih mulut di luar negara melaungkan demokrasi, tetapi di negara sendiri, Anwar bertindak membelakangkan demokrasi, membeli calon-calon BN semata-mata untuk memuaskan hatinya dan membuktikan kepada sahabat-sahabatnya di luar negara bahawa dia bakal jadi PM.

sumber NTanwar,aidcclub.forumotion.net


3 ulasan:

Unknown berkata...

Anwar tunggu orang beli dia tu. Siapa bida paling tinggi, dia sanggup berkiblatkan orang itu. Tak kiralah warna kulit apa, janji duit masyuk....

Teringat pula cerita P.Ramlee, 3 Abdul. Waw...berniaga jual orang lagi untung..waw

tukang taip berkata...

orang kita bila dengar guruh berbunyi ingatkan hari nak hujan, lalu dicurahkan air di tempayan, tiba2 awan yang gelap bertukar cerah, matahari muncul kembali, hujan tak jadi turun, nasi dah jadi bubur,
air sudah dibuang tiada apa yang tinggal, nak tunggu hujan turun kena tunggu entah bila...

Panglima Perang Cyber berkata...

Salam Tuan Blog.

Saya harap dapat team BPN mengambil isi artikel ini untuk diedar blog masing masing.

Tq.