KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.
"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di sini, malam tadi.
Ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu adalah bagi menyokong calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang pengundian 17 Jan ini.
Ceramah yang diadakan di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil dihadiri 100 orang.
Dalam ceramahnya, Anwar membangkitkan isu penahanan beliau oleh polis, isu pengambilan tanah oleh Umno selain isu rasuah.
Dalam pilihan raya itu, Mohd Abdul Wahid berdepan calon Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon Bebas. BERNAMA
Sumber: Mstar Online
2 ulasan:
anwar berani diludah sebab dia memang dah tau pakatan rakyat memang tak akan dapat peluang memerintah negara.
lebih-lebih lagi dia mula sedar yang dia tak akan dapat jd pm. sebab tu dia berani bagi jaminan macam tu.
ala beruk nuar, sudah2 lah...
Kalau berani kasi laaaa ludah dulu....nanti dah memerintah nanti kasi chance dia ludah balik....amacam?? kat mana nak set tempat? Bukit Jalil? Kelana Jaya? Shah Alam? Padang Sultan Sulaiman???
Sembang warong bleey laaaa....
Catat Ulasan