MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jan 2009

Khalid Ibrahim dilapor salah guna kuasa



Khalid Ibrahim dilapor salah guna kuasa


SHAH ALAM: Gerak Malaysia hari ini membuat aduan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.

Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang terletak di Wilayah Persekutuan.


Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dengan diiringi setiausaha badan itu, Siti Faridah Abdul Samad dan dua anggota jawatankuasanya membuat aduan di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.


Aduan itu dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pukul 10.45 pagi tadi.


Mohd. Nazree mendakwa beliau mempunyai bukti yang cukup bagi menunjukkan Khalid, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah menyalahgunakan kuasa beliau.


Beliau mendakwa Menteri Besar telah membeli 46 ekor lembu pada harga RM110,400 sempena sambutan Aidiladha yang lalu bagi bahagian Parlimennya.


Bayaran bagi pembelian lembu berkenaan dijelaskan oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat kerajaan negeri.


"Kami mempunyai invois dan resit rasmi bagi membuktikan pembelian lembu," katanya.


"Kami tidak boleh menerima tindakan sedemikian yang dilakukan oleh seorang ketua kerajaan negeri dan kami menggesa SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan memorandum kepada Pengarah SPRM, Moh Samsudin Yusof di pejabatnya di sini.


Menurut Mohd. Nazree, Gerak Malaysia telah menerima beberapa dokumen dan bukti minggu lalu daripada seorang individu, yang memperolehnya daripada syarikat milik kerajaan negeri itu.


Katanya, anak syarikat itu tidak seharusnya berbelanja sedemikian khususnya bagi bahagian yang tidak berada dalam Selangor.


Justeru, Mohd. Nazree menggesa Khalid meletakkan jawatan atau mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.


Malah katanya, Gerak Malaysia juga mahu mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor berhubung isu itu.


Moh Samsudin yang menerima memorandum daripada Mohd. Nazree berkata, beliau akan meneliti perkara tersebut.

sumber- Mstar

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila ada duit, semua boleh jadi.
Alang-alang dapat kuasa, bolotlah semua.
Pilihan raya akan datang belum tentu merasa.
Kalau semua pemimpin macam ni, bilalah Selangor nak maju.

Zaman Khir Toyo hal penyapu...
Zaman khalid hal lembu.

Unknown berkata...

Kenapa isu pembelian lembu yang nak dihebohkan.

Sedangkan berjuta duit Kerajaan Negeri Selangor yang diseleweng oleh Khalid Ibrahim.Contohnya, penubuhan task force setiap jabatan yang tiada kepentingan langsung. Orang yang dilantik tu pula semuanya kroni Khalid.

Contoh lagi, banyak projek-projek perumahan di Selangor yang tak dapat diteruskan kerana dakwanya Kerajaan Negeri tiada wang?

Setahu saya,semasa pemerintah terdahulu tinggalkan negeri Selangor,kewangan Kerajaan Negeri Selangor dalam keadaan berwang. Jadi, ke mana wang tersebut dibelanjakan?

Khalid Ibrahim memang tidak pandai mengurus ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Khalid hanyalah 'Menteri Besar Boneka Selangor'...Menteri Besar Selangor dalam ertikata halimunan ialah Azmin Ali.

Manusia ini ialah yang mengaut keuntungan di Selangor. Semua jabatan kerajaan di Selangor tahu hal ini..cuma mereka tak mampu berbuat apa2.

Khalid Ibrahim = Flintstone (an animated American telivision sitcom)

Tanpa Nama berkata...

khalid ni main gambaq hindu bloehla.. rambut pu dh mcm Rajnikan hahaha

acap berkata...

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban baru-baru ini.

Beliau berkata sebaliknya, pemberian lembu-lembu korban itu, bernilai lebih RM110,000, adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember lepas.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

"Sebaliknya, derma ini (lembu-lembu korban) diagihkan kepada golongan yang betul-betul memerlukannya dan tidak timbullah unsur penyalahgunaan dana dalam kes ini disebabkan orang umumlah yang menerima keuntungan daripada sumbangan berkenaan," kata Khalid mengulas dakwaan tersebut. .

acap berkata...

Kalau tidak terbukti...... Selangor wajib saman dan lanyak GERAK sampai dia lingkup...baru sekarang dia sebok pasal lembu....

Dulu ketika Khir Toyo dan UMNO perintah Selangor pun ada gak beri lembu kat masjid.... dengar kabar yang hilang kat tengah jalan pun pernah berlaku.... GERAK tak sebok pun... binawe betul...

acap berkata...

repot rasuah paklah najib
bila nak siasat?
bodoh punya bpr!

beruang berkata...

Salam sejahtela

Ya lorrr, acap.. Apa pasat meleka bising2 pasai lembu sebab itu Khalid dengan lembu sula ala manyak persamaan. Kalang-kalang, olang talak bole beza lembu atau khalid sebab dia punya otak macam itu lembu kacukan.

GERAK, lu olang kata ala bukti pembelian, jadi sila nyatakan bukti supaya lembu-lembu PKR sumua faham bahawa lembu-lembu talak sepatutnya dibeli menggunakan loit kelajaan negeli.

Acap, lu bole belitau sumua apa pelkala-pelkala bijak yang khalid sula bikin pada selangor. wa mau tau la sebab wa talak faham bahasa lembu. jadi lu tolong tanslate pada wa supaya semua olang bijak pandai faham apa pelkala membina minda yang telah dilakukan oleh khalid selama 10 bulan jadi MB.

Itu plojek babi wa sula tau, isu UiTM wa sula tau, PKNS wa sula tau, Isu banjir wa sula tau, isu pegi nyala api di kuil wa sula tau, isu bagi celamah di gereja wa sula tau. Lu tolong kasi tau benda yang kami olan talak tau, bole.

telima kasih

acap berkata...

YA Beruang, isu babi dulu kerajaan BN yang bg kelulusan siap wat agreement lg, siap wat lawatan g german lg, lu bising uitm, tp lu x bising kuota MRSM 10 persen diberikan kpd non melayu oleh mahathir, lu x bising umno jd boneka singapura, senang2 je gadai pulau batu putih & iskandar JB,melayu ka pegang ekonomi malaysia?? ka cina??? UMNO ni pejuangkan melayu ka pejuangkan cina??? and ap lu ingat kat selang
or je ke ad banjir, ap kat Johor,perlis, sabah, sarawak x bnjir, bodoh btol natang ni

Tanpa Nama berkata...

Azmin Ali sedang bersiap sedia akan berpindah ke kediaman rasmi MB Sgor....

rizal berkata...

kimak la mb selangor.....f..k u up