MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jan 2009

Anwar sengaja larikan diri ketika penamaan calon P036 ?




Anwar sengaja larikan diri ketika penamaan calon P036 ?


Hari ini penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu - P036 - yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru BN, PAS dan Bebas; Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas)

Hari ini juga menyaksikan ketidakhadiran Anwar Ibrahim ketua Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS yang sepatutnya dilakukan sebagai pemimpin de factor PKR dan Ketua Pembangkang.

Kenapa Anwar tidak hadir ketika PAS memerlukan sokongan ketua PR di sana ? Kenapa Anwar sengaja memilih tarikh sekitar penamaan calon P036 untuk melakukan lawatan lawatan ke luar negara ?

Penting sangatkah lawatan ke Dubai dan Turki dibuat ketika ini, apakah tidak boleh ditunda ke tarikh lain.

Sedangkan ketika Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok, Anwar sanggup membatalkan semua programnya di luar negara dan berkampung di Ijok bagi memenangkan kawannya ?

Apakah Abdul Wahid Endut (PAS) bukan kawan Anwar dalam PR ? Apakah benar, Anwar tidak berpuas hati dengan pemilihan calon di Kuala Terengganu kerana Anwar lebih sukakan Syed Azman dari team Erdogan ?

Di mana semangat kesetiakawanan PR ketika menghadapi saat-saat genting pun, ketuanya tidak hadir ?




Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan kerana Anwar pernah melakukan perkara sama ketika calon PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dahulu.

Dalam pilihanraya kecil itu, Anwar hanya hadir sekali sahaja dalam ceramah besar di stadium mini Pasir Mas, lepas itu Anwar cepat-cepat kembali ke Kuala Lumpur dengan alasan ingin kembali segera ke Amerika Syarikat kerana mempunyai urusan sangat penting.

Walhal pada keesokannya Anwar terus ke Sarawak untuk berunding dengan parti-parti pembangkang di sana. Selepas rundingan di Sarawak barulah Anwar berangkat ke Amerika.

Soalnya penting sangatkah rundingan di Sarawak yang belum lagi mempunyai pilihanraya berbanding dengan Pengkalan Pasir yang sedang kritikal menghadapi pilihanraya ?


email dari molePKR


10 ulasan:

ChelsyB berkata...

Trengganu tiada kepentingan buat DSAI sebab majoriti Trengganu orang Melayu yg nyata berugama Islam and keturunan yang lain2 adalah minoriti...DSAI akan support 100% kawasan2 yang punyai penganut ugama lain2 yang lebih ramai untuk melicinkan jentera politik peribadi beliau..as simple as that...

Yang kedua boleh jadi calun yg diletakkan utk PAS tidak disenangi oleh DSAI yakni not his favourite!

Yang ketiga, isn't that a typical attitude of a leader that couldn't care less and bothered other than his own interest!

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

KT sebenarnya parlimen yang tidak berkepentingan untuk Anwar ..malah calon mereka dari erdogan team tidak dipilih sebagai calon membuatkan anwar mungkin menggunakan alasan lawatan beliau ke luar negara bercuti

selain itu ,majoriti melayu cukup sukar bagi anwar menarik sokongan tidak seperti di Permatang Pauh dan tempat2 bilangan ramai bukan melayu ..

anwar mungkin hantar konco2 nya shj ke sana diketuai azmin, shamsuk iskandar dan beberapa pemimpin pakatan rakyat lain shj

NTanwar berkata...

Anwar sabotaj calon PAS di KT..

1. Tidak hadir penamaan calon

2. Hantar Azmin Ali, orang paling kepercayaan Anwar.

3. Azizah pun sabotaj..ikut Anwar ke luar negara

4. Geng-geng AMK PKR diketuai Shamsul Iskandar sengaja buat kacau supaya ditangkap polis

5. Motif buat kacau ada dua...1. nak tunjuk PKR bantu PAS 2. Nak rosakkan imej PAS supaya PAS dianggap ganaz ekoran geng AMK PKR

6. Kesimpulan semua tindakan ini, membuktikan PKR diketuai Anwar sengaja sabotaj calon PAS..supaya PAS kalah..

7. bijak..bijak

add berkata...

Nuar takut kena boo pada penyokong PAS di trgnu. dan takut tonjolkan diri pada DAP. Kalau Dap tanya beliau, nuar akan kata saya mana ada sokong PAS, buktinya saya tiada masa penamaan calon hari tu dan saya tak berkempen pun di trgnu.. dok gitu adik teresa kok,barua karpal,abg lim, bro eng,my beloved sivarasa,bro khalid,bro tin chua

akram berkata...

Lah, kan memang hobi Anwar main lari-lari selain dari dangdut dan liwat. Lebih baik play safe dari dituduh memihak pada PAS. nanti Lim Kit Siang sama Karpal merajuk susah maaa. Pengundi Cina dan India akan lari. Susah-susah Anwar kelentong mereka dan rancang macam-macam bersama mereka, dia mesti mau jaga itu relationship.

antianwaribrahimdotcom berkata...

anwar takut dengan orang melayu islam di KT. nanti orang umno buat majlis suruh anwar angkat sumpah nafi liwat ke atas saiful.

masa tu nanti anwar dah tak boleh lari dh. orang melayu sekarang dh tau lakonan anwar. allah dh tunjuk satu persatu.

masa rakyat palestin sakit sekarang ni, mana perginya suara anwar? dok sibuk lagi buat urusan dengan amerika yang terang dan nyata menyokong israel serang gaza!

mungkin anwar pegi pujuk bush supaya halang israel daripada serang gaza.

jadi bila dh balik semula ke tanahair tercinta ini, anwar dalam ceramahnya masa kempen di KT akan kata "saya pergi amerika, jumpa setiausaha amerika syarikat untuk bincang isu gaza bagi menghentikan serangan israel..."

kita tengok benar atau tidak telahan aku nih, kita sama2 tunggu...

ANDA SETUJU / SOKONG?

mahacu berkata...

Assalamualaikum Tuan AIDC,

Perpecahan dalam PAS tidak dapat dielakkan lagi.

Tulang Besi aparat IRC/JIM dalam PAS mendedahkan bahawa Hadi Awang berbohong bila dia berkata calon utk PRK KT sudah ada dalam poket.

Sehingga 21 disember belum diputuskan siapa calonnya.

Kumpulan Erdogan ini telah dicantas oleh Harun Taib dan Mustafa Ali.

Untuk cerita selanjutnya,dijemput tuan2 dan puan2 di AIDC untuk berkunjung ke Maharaja Zhou:Blogdrive:PRK 036:Sah Nama Syed Azman Dipancung Muqabalah!

AIDC berkata...

Walaikumsalam maha2020

Satu artikel yang menarik. Saya telah menalaahnya dengan mendalam.tq

mahacu berkata...

Terima kasih sdr AIDC

Siapa Erdogan dan hubungannya dengan Anwar amat menarik sekali.

Puak2 yg membentuk tunjang Erdogan hari ini sebelum 1990-an menuduh Anwar sebagai berjuang dalam Tong taik.Di awal dekad yg sama, tiba2 ustaz mereka mengatakan syari'e pula utk bersama Anwar setelah tidak cukup dana.

Sekarang,mereka bersama dgn Anwar sehinggakan jikalau disuruh menjilat buntutnya pun Erdogan sanggup.

Saya akan menulis artikel khusus kepada saudara-saudari sekelian untuk mengenali siapa tunjang Erdogan dan ada tokoh yang dinamakan sebagai Erdogan ini cumalah umpan semata-mata untuk menjadi kambing hitam dan untuk terus menyembunyikan
identiti sebenar mastermind Erdogan.

Terima kasih di atas sokongan tuan AIDC dan warga AIDC!

MyIdea berkata...

PAS amat berharap agar anwar tidak datang ke KT. Sebab kami tahu dia pembawa BALA. Datangnya dia ke KT akan menyebabkan tahap kebencian rakyat terhadap dirinya yang suka menipu akan meningkat. Dia akan membuatkan undi PAS merosot.

Tapi kebanyakan pemimpin PAS masih lagi menyokong pelawok (anwar) ni.. dah tahu dia kaki kelentong, masih mahu mengangkat dia jadi Kawan (atau BOS)..

Fikirlah.. anwar tu pembawa BALA..bukan lagi LABA. Dia cuma nk Permatang Pauh aje..