Oleh Aida Azura Azemi, Sinar Harian
Shah Alam - Jika artis lain gemar berdolak-dalik tentang pendirian politik mereka, perkara sebaliknya menjadi pegangan penyanyi dan komposer terkenal, Yassin Sulaiman.
Yassin berterus terang, dia merupakan penyokong kuat perjuangan PKR, malah telah bersama-sama parti berkenaan sebelum penasihatnya, Anwar Ibrahim ditangkap pada 1998 lagi.
Perkara ini disuarakan Yassin ketika Sinar Harian menghubunginya semalam untuk bertanyakan isu terbaru menyebut dia kini seolah-olah 'artis ikon' bagi PKR setelah membuat persembahan sempena Kongres Nasional PKR kelima yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, 28 November lalu.
Sebelum ini, Yassin juga dikatakan pernah membuat persembahan sambutan Aidiladha di kediaman Anwar.
" Saya tidak pernah menyembunyikan pendirian politik saya. Rata-rata orang pun tahu tentang (sokongan kepada PKR) ini. Lagi pun sudah sampai satu tahap di mana saya rasa rakyat Malaysia benar-benar mempunyai kebebasan untuk bersuara dan tidak perlu takut-takut lagi untuk "agree to disagree"
"Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak boleh duduk semeja dengan penyokong parti lain, malah saya mempunyai ramai kawan daripada Pemuda UMNO"
"Sebagai artis, saya juga tiada masalah untuk menjayakan tawaran persembahan daripada parti lain sekirannya ada", ujarnya yang mengaku tidak berminat untuk menceburi bidang politik buat masa sekarang, tetapi sentiasa setia mengikuti dan menyokong perkembangan PKR dari masa ke semasa.
Dipetik dari Sinar Harian, 16 Disember 2008.
Artikel lain berkaitan :
1. Anwar Ibrahim Bakal Letak Artis Jadi Calon PKR
4 ulasan:
biar btuuul?
BngNuor tak rasa yasin ni jambu ke?
sepatutnya artis tidak harus ada pendirian dlm politik, seni dan politik adalah dua bidang yg sgt jauh berbeza, langsung tiada persamaan. seni adalah sesuatu yg sgt halus maksudnya serta suci,bersih...manakala politik adalah sesuatu yg sgt kotor jika diperjuangkan dgn cara yg salah, namun kebanyakkan ahli politik tdk pernahpun berjuang dlm politik dgn cara yg bersih dan ikhlas 100%...semuanya berjuang dgn cara yg sgt bertentangan dgn tuntutan sebenar politik yg disebut bersih..
tetapi kebanyakkan artis2 yg jd pengikut anwar boleh lah dikata sbg mereka yg tampan serta kacak..kenapa ye? apakah itu syaratnya...?
Catat Ulasan