Ketika pilihan raya umum ke-12, Anwar Ibrahim telah berkali kali jemput Yassin (bekas penyanyi kumpulan Brothers) untuk ke rumah terbuka di rumahnya. Dalam Kongres Angkatan Muda PKR di Stadium Melawati baru-baru ini, Yassin dijemput untuk menyanyikan lagu yang memuji muji Anwar Ibrahim untuk menaikkan semangat orang-orang PKR.
Bapa penyanyi tersebut iaitu Prof Madya Dr Sulaiman Osman (bapa Yassin) adalah pensyarah TITAS di Pusat Pengajian Umum, UKM. Dr Sulaiman telah mengambil kesempatan untuk memuji Anwar Ibrahim dalam kelas dan mengkritik kerajaan secara terbuka.
Dalam Kongres Pakatan Rakyat juga baru-baru ini, seorang perwakilan dari Johor menyatakan bahawa Mawi juga pernah memanjat pokok dan mengantung bendera PKR pada tahun 1999 di kawasan Felda Taib Andak. Anwar Ibrahim nampaknya mengidam Mawi untuk jadi calon Menteri Besar Johor nampaknya.
Seorang lagi artis yang pro Anwar Ibrahim adalah Wardina. Bapa Wardina iaitu Fadhullah Clive Wilmot adalah bekas ahli ABIM dan baik dengan Anwar Ibrahim. Fadhullah berbangsa Anglo Saxon Australia dan telah berkahwin dengan seorang wanita Acheh.
Artis-artis lain yang pro kepada Anwar Ibrahim adalah Ras Adiba Radhi, Zaini Ahmad (penyampai berita NTV7), Pyan Habib, Ning Baizura, Amy Search, Zizie Izzete dan Yasmin Ahmad.
Modus operandi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim sama dengan modus operandi Amin Rais (Parti PAN) dan Gus Dur (PKB) di Indonesia. Mereka ini pro Amerika, sama dengan Anwar Ibrahim dan termasuk dalam grand design RAND Corporation bagi membina Moderate Muslims.
LibForAll's CEO (C. Holland Taylor, kiri), Abdul Munir Mulkhan (Muhammadiyah), Abdurrahman Wahid aka Gus Dur (Nahdatul Ulama) dan Ahmad Dhani (penyanyi kupulan DEWA). Kesemua mereka adalah penggerak pluralisme agama di Indonesia di bawah tajaan LibForAll Foundation (Yayasan Amerika) dengan kerjasama badan pemikir Gus Dur, The Wahid Institute
Gus Dur menjadi penaung kepada LibForAll Foundation, sebuah yayasan Amerika yang menaja The Wahid Institute (badan pemikir Gus Dur) & penaung kumpulan DEWA 19. Artis Dewa 19, Ahmad Dhani pernah dijemput ke Amerika Syarikat untuk menyampaikan ceramah bagi melawan teorrist dan menyokong Israel.
Amin Rais pula meletakkan calon-calon artis paling ramai sebagai calon dalam parti PAN. Kaedah menggunakan artis & tokoh popular merupakan strategi RAND Corporation untuk meramaikan rangkaian kumpulan Muslim Moderate bagi menewaskan kumpulan Muslim Fundamentalis.
Tidak mustahil, Yassin, Mawi, Ras Adiba Radhi atau Ning Baizura bakal menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk menjadi calon PKR. Itu pun kalau mereka mahu.
sumber - pilihanrayakini
4 ulasan:
peeweeeiiiitttt!
Tambahan koleksi artis penyokong PKR
* Penyanyi yg pernah kata "siapa Mahathir?, tak kenal le", Singaporean yg kini pemasatautin tetap M. Nasir.
* Penyanyi Apa Dah Jadi : S.M. Salim
* Pengarah, pelakon drama Zainal TJ
* Mus (penyannyi Kumpulan May), opps silap!, dia pengikut Ayah Pin!, katanya pergi berubat...
salam aidc..
yasin.... yasin
dulu nasyid..lepas tu etnik kreatif..lepas tu..pop...lepas tu universal...
lepas ni apa pula la si yasin ni...
teringat bait bait lagu dia dulu...
ya laila....
apa yang dengar semua nya dusta...
Salam perjuangan...rakan blogger muslim diserang oleh kafirun....sila lihat comment para kafirun ini di..
http://redssays.blogspot.com/2008/11/why-has-muslim-world-failed-to-develop.html
Catat Ulasan