Penyokong-penyokong Islam Pakistan, Jamaat I Islami memegang satu model sebelah kasut yang sangat besar sebagai menyokong tindakan wartawan Iraq yang melontar kasut kepada Presiden AS George Bush semasa sidang akhbar di Iraq minggu ini
BAGHDAD: Wartawan Iraq yang menjadi 'bintang segera' selepas membaling kasut ke arah Presiden Presiden George W Bush, Ahad lalu, tampil di hadapan hakim yang mengadili kejadian berkenaan, semalam.
Menurut abang dan ahli keluarganya, Muntazer al-Zeidi, 29, seorang wartawan televisyen yang berbuat demikian kerana kebenciannya terhadap Bush dan Amerika, dibawa ke mahkamah dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Abangnya, Durgham al-Zeidi berkata, beliau dan seorang lagi abangnya diberitahu oleh hakim bahawa al-Zeidi memberi kerjasama baik.
Bagaimanapun, katanya mereka tidak dibenar menghadiri sesi perbicaraan serta tidak mempunyai maklumat lain mengenai adiknya itu.
Mengikut undang-undang Iraq, Al-Zeidi boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara kerana 'mengkasari kepala ketua negara asing'.
Ketua Peguam yang mewakili Al-Zeidi, Dhiya al-Saadi berkata, beliau masih belum dapat bertemu anak guamnya itu tetapi akan meminta kebenaran berbuat demikian, hari ini serta akan berusaha mendapatkan jaminan pembebasan Al-Zeidi.
Katanya, beliau tidak nampak kenapa mahkamah tidak membenarkan anak guamnnya tidak dibenarkan diikat jamin.
“Penyaisatan kes ini selesai sepenuhnya dan tiada risiko jika tertuduh dibebaskan dengan jaminan," katanya. - AFP
sumber- Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan