December 17, 2008
Anwar Ibrahim penderhaka yang tersingkir ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah meneruskan serangan,kecaman dan berbagai tohmahan yang keras terhadap bakal Perdana Menteri Najib Tun Abdulk Razak.
Terakhir suara Keadilan telah menjeritkan kepala berita dakwaan Anwar bahawa Najib lebih zalim berasaskan kepada temu bual dengan Al Jazeera baru baru ini.
Temubual itu penuh dengan berbagai tuduhan terhadap Najib dari rasuah hingga kepada pembunuhan wanita Mongolia dan kegagalan Najib menangani isu kegawatan ekonomi yang dihadapi negara.
Beliau juga tidak yakin Najib sebagai tokoh yang dapat membawa perubahan dalam UMNO dan Najib akan terus mempertahankan undang undang yang keras dan budaya kronisma.
Dia juga mendakwa bahawa Najib berada dalam state of denial.Semua dakwaan dan tuduhan itu mendedahkan Anwar sebagai seorang “gila talak”
Kenapakah Anwar meneruskan kempen jahat dan ganas ini setelah gagal menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional 16 Sepetember lalu dan masih mendakwa bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap keadaan ekonomi rakyat sedangkan harga minyak diturunkan hampir setiap minggu dan harga barang mulai terkawal. Mungkin kerana dia sedar janjinya menurunkan harga minyak sudah tidak laku lagi.
Sebenarnya masaalah dirinya yang akan terbongkar di mahkamah tidak lama lagi yang akan menjatuhkan maruah dirinya untuk selama lamanya telah menimbulkan ketakutan dalam dirinya sehingga membutakan hati dan matanya terhadap kecerdikan dan kematangan rakyat yang telah pun sedar dia adalah “Raja Pembohong Negara”.
Sebenarnya Anwar lah yang berada dalam state of denial dan cuba menuding jari kepada orang lain.
Orang ramai sudah cerdik sekarang untuk terus dikelirukan oleh Anwar Ibrahim yang berada dalam keadaan berdebar dan kekecewaan yang menakutkannya seperti seorang banduan yang menunggu hukuman gantung.
Sebab utamanya ialah dia sendiri tahu bahawa kes liwatnya kali ini mempunyai bukti yang cukup kuat di tangan pihak yang berkuasa. Dia tahu kali ini dia terperangkap dengan gambarnya in action yang cukup jelas dan juga lain lain gambar . Ada diantara gambar ini telah pun jatuh ke tangan orang tertentu . Kabarnya lebih hebat dari aksi bekas Menteri Kesihatan dari MCA Chua Soi Lek . Ini tentunya akan menambahkan kehebatan imej Keadilan.
Maka itu Anwar masih berharap akan dapat menubuhkan kerajaan Keadilan bagi membatalkan kesnya . Bahawa Pas dan rakan rakannya tidak menggalakannya untuk terus berkempen tentang tarikh kejatuhan kerajaan BN amat tidak menyenangkannya sekarang ini.
Maka itu dia perlu teruskan kempen menghakiskan keyakinan kepada Ketua Hakim Negara, kepada Peguam Negara dan kepada Ketua Polis Negara dengan menimbulkan berbagai tuduhan,prasangka dan cerita cerita dari sebelah pihak sahaja. Pas yang banyak menerima wang darinya menerusi Kamaruddin Jaafar juga menyertai kempen ini.
Yang paling komited untuk membantu membersihkan imejnya ialah Lim Kit Siang dan DAP kerana bagi orang Cina kecuali Lee Kuan Yew moral adalah soal kedua.Yang utama ialah wang dan kuasa.
Anwar akan meneruskan kerja memfitnah kerajaan BN dengan konsisten dan agresif tanpa takut.Ini oleh kerana samaada dia bertindak dengan cara baik atau buruk sudah tidak akan dapat menyelamatkan masa depannya lagi.
Selain dari menggunakan media , dia juga akan menghasut tindakan demonstrasi rakyat semua kaum atas berbagai isu. Diantara yang sedang berjalan sekarang ialah Berbasikal Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) . Dia juga akan meminta bantuan dari media asing termasuk CNN, BBC dan Al Jazeera bagi menghakiskan kredebiliti kerajaan Malaysia dan bagi memprojekan dirinya dirinya sebagai seorang yang bersih yang paling layak untuk memimpin kerajaan boneka Amerika Syarikat.
Dia berharap apabila perbicaraan dijalankan kelak keatasnya( Februari) maka rakyat telah mempunyai persepsi bahawa tuduhan terhadapnya adalah rekaaan belaka. Pihak yang mendakwa dan membicarakannya tidak berkredibliti dan semuanya fitnah belaka, tetapi rakyat sedar juga takkan kerajaan sebodoh itu untuk membuat tuduhan kali kedua tanpa bukti yang kuat.
Tidak ada jalan lain bagi Anwar Ibrahim untuk menghapuskan tuduhan terhadapnya,membasuh namanya dan melepaskan hukuman sebagai seorang penjenayah yang mengkhianati Islam,yang merosakan imej Islam dan imej kepimpinan ABIM (Singkatan dari Anuar bin Ibrahim) dan juga imejnya sendiri kecuali dengan mengambil kuasa dengan apa cara sekalipun dan menjalankan kuasa ini untuk membasuh dosanya dimata umum.
Orang ramai harus sedar jika pihak polis mempunyai video klip Anwar Ibrahim berpelukan dengan Saiful Bukhari ketika hendak memasuki sebuah aparment , masakan polis bodoh untuk melepaskan peluang membuat rakaman didalam.
Agak menghairankan bagaimanakah klip video ini yang terang dan jelas telah lebih dahulu tersebar di Medan dan Jakarta
sumber- Maharaja Blogger
7 ulasan:
Anwar kan rapat dengan pemimpin di Indonesia.
Ha..ha..rahsia anwar semakin terbongkar!!
ada version 3GP tak? boleh kita foward2 antara satu sama lain.
Haru.........
dan
Terkedu........
PAS comment sikit....
hohoho..hebat hebat Al-Juburi, lebih gempar dari Chua Soi Lek!..habislah Al-Juburi....tapi Al-Juburi masih bole menangkis tuduhan tersebut bahawa...
"memang dalam video tuh mirip wajah Al-Juburi,suara macam suara Al-Juburi,namun itu tak semestinya Al-Juburi".....ngehhhh:D
Kalau laa betul Video aksi liwat Anwar A Juburi betul2 wujud....aku pasti ia bukan sahaja akan menghancurkan kredibiliti Anwar Al Juburi tetapi semua parti dalam Pakatan Rakyat......Hidup Anwar.."Liwat Tetap Liwat"..."sekali meliwat selamanya meliwat"..hehehe...Anyway...siarkan laa video tu....
kalau takde bukti yg jelas nak di kongsi jgn la sebarkan fitnah..hehehhehe
Tak der bukti bermakna fitnah brother! Takkan di internet tak dpt lansung, aku search dah 3 hari tak dapat2 gak....! Musykil ni, takkan kat Indon ngan sini tak link internet, jadi lu piki sendiri la!
Catat Ulasan