MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Dis 2008

RUMAH ANWAR BERJUTA, RAKYAT TERUS DIBOHONG




Oleh MUTIARA MELAYU PULAU PINANG



Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007.Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta.

Anwar juga beli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.Tidak dapat dipastikan bernilai nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya,yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR. Dengan hanya berstatus Ketua Umum PKR, Anwar memiliki wang semewah itu, kalau jadi PM, tak tahulah berapa mewah lagi perbelanjaannya…





Pandangan sebahagian lagi rumah baru (Villa) Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam. Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV.

Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya

ULASAN : APA NAK DIHAIRANKAN.DUIT MASA DENGAN MAGNUM PUN TAK HABIS LAGI.BELUM KIRA DUIT RASUAH YANG DIPEROLEHI MASA JADI TPM.BETUL KE ANWAR TAK RASUAH?RASA MACAM PELIK KALAU ANWAR TAK RASUAH.RASUAH PUN ANWAR BUAT UNTUK KAUT UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

sumber - mysrimuara.blogspot.com

7 ulasan:

paneh berkata...

penyokong nuar ni selalu mainkan isu rumah rakyat yang daif dan uzur. kononnya kerajaan tak prihatin pada orang susah. agaknya apa komen mereka bila tgk rumah bos mereka sendiri pun terlebih hebat 'uzur'nya.

Tanpa Nama berkata...

untuk pengetahuan semua rumah yang didedahkan telah dibuktikan kewujudannya.

ada cakap-cakap mengatakan.. anwar juga memiliki rumah di luar negara.

Persoalannya mana dia dapat duit beli rumah?

Kumbang juga dengar daripada rakan kumbang, anwar kini pokai(tiada duit).

Kalau betul beliau pokai, macam mana rumah ni boleh terpacak dan dimiliki olen anwar?

Siapa sponsor?

Adakah pokai itu propaganda atau rumah-rumah ini propaganda?

Anda fikir sendiri.

wassalam

P/S: Anwar memang pandai berlakon jadi tak hairan kalau dia sekejap 'pokai' sekejap kaya.

Ezad berkata...

bila masuk lokap, makanan bernilai rm10, rasa tak cukup, makanan tak sedap, tak berkhasiat..

tidur atas papan, sakit tulang belakang, sakit tengkuk..

-orang yang tak pernah rasa syukur-

Tanpa Nama berkata...

salam

harap2 penyokong anwar buka mata, buka fikiran. selagi emosi mengatasi akal, kebenaran dipandang sepi!

Deejayeesa berkata...

salam

mana dia dapat duit a' ? Bekas banduan, pas tu baru je dapat gaji ahliparlimen... rumah juta-juta... misti ada ong putih sponsor atau dapat duit haram...

Unknown berkata...

Mana perjuangan anwar yang nak menolong orang miskin.

Rumah mengalahkan orang berjawatan penting dalam Kerajaan.

Masa dalam Kerajaan pun tak semewah ini rumahnya.

Pelik bin ajaib...lepas keluar penjara rumah mengalahkan mahligai.

Memang kaya betullah kalau dapat sponsor dari Amerika nih.

Jangan sampai jadi macam rumah kat Bukit Antarabangsa sudahlah anwar...beringat sebelum kena

NORA berkata...

Salam, teringat Joyah pada kata-kata Wan Azizah selepas Anwar ditahan pada 1998 ... Kami tiada harta lain selain dari sebuah rumah dan kereta buruk ini ... Masa tu mungkin ramai yang percaya .. Lautan manusia, termasuk rakan2 Joyah sanggup berhimpun beramai2, disembur air gatal, di beri amaran dek polis demi Anwar ...

Tapi sekarang, lautan dah jadi lopak ... Masih lagi nak menipu dan memperdaya rakyat. Tiada seorang pun MB PKR atau PR yang hidup miskin, tak cukup makan. Tapi masih mahu mengutuk2 dan menyalahkan kerajaan. Nak hapuskan DEB kononnya lebih mendatangkan keburukan, tapi dalam masa yang sama mengajar rakyat supaya jadi lemah, bergantung pada kerajaan dan menyalahkan kerajaan atas segala kepayahan hidup.

Yang bestnya, ketua pembangkang diberi segala ruang untuk menikmati segala kemewahan... tanpa ada persoalan mahupun bantahan dari penyokong.