MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Dis 2008

DAP bantah hasrat PAS laksana hudud



DAP bantah hasrat PAS laksana hudud


Dec 22, 08 4:43pm
DAP membantah hasrat PAS untuk menjalankan hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan seperti ditegaskan naib presidennya Datuk Husam Musa.

"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ahli politik Kelantan itu sewaktu berdebat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan semalam.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi.

DAP, tambahnya dalam satu kenyataan, terus dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum, Mac lepas.

"DAP tidak bersetuju an membantah cadangan itu," katanya hari ini, lapor Bernama.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau akan menghubungi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Husam dilaporkan berkata PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim pula berkata jika PAS ingin melaksanakan hudud, ia perlu merujuk pandangan Pakatan Rakyat.

"PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

"Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," beliau dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, kenyataan Husam itu berkemungkinan hanya pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian PAS

sumber-Malaysiakini

1 ulasan:

Joyah berkata...

Salam ...

Joyah percaya, ini bukan pendapat peribadi, tetapii memang dasar PAS sejak dahulu lagi.. ingin melaksanakan hukum hudud sekiranya mereka memerintah Malaysia. Sekiranya mereka mengubah dasar semata2 untuk menurut kehendak DAP dan PKR, rakyat dan penyokong akan hilang rasa hormat dan kepercayaan terhadap pemimpin dan parti PAS, lebih2 lagi banyak kontroversi yang telah wujud semenjak 3 parti ini bergabung membentuk PR.