MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Dis 2008

Rombakan barisan PKR negeri Anwar, Azizah dikritik



Rombakan barisan PKR negeri Anwar, Azizah dikritik


Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini untuk merombak dan melantik barisan kepimpinanan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru dipercayai telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan keresahan di kalangan sebahagian ahli dan pemimpin.

Sambil mengakui perkembangan itu, Penasihatnya, Anwar dalam komen beliau dalam blognya berkata, "kita tidak bermaksud meremehkan kritikan dan dengan nada sama tidak sekali-kali melekehkan pengorbanan dan sumbangan rakan-rakan pimpinan yang berjasa di peringkat negeri atau pusat."


Antara mereka yang dilantik secara sebulat suara ialah Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah dan Sarawak. Pengerusi Perhubungan Negeri yang lain terdiri daripada Pahang (Datuk Fauzi Abd Rahman), Pulau Pinang (Datuk Zahrain Mohamed Hashim), Negeri Sembilan (Datuk Kamarul Baharin Abbas), Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tan Sri Datuk Abd Khalid Ibrahim), Kedah (Ahmad Kassim), Kelantan (Ab Aziz Ab Kadir), Perlis (Johari Shafie), Melaka (Khalid Jaafar), Johor (Dr. Zaliha Mustaffa), Perak (Osman Abdul Rahman) dan Terengganu (Wan Rahim Wan Hamzah).


Justeru, kata Anwar, ternyata sebahagian teguran yang diluahkan sama ada secara terbuka atau yang ditujukan ke atasnya atau Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden telah mengalihkan fakta, sama ada isu rundingan dengan sebahagian pimpinan negeri, biro politik atau Majlis Pimpinan Tertinggi.


"Umpamanya ada yang menelah bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Ismail Yusop telah dipecat walhal beliau kekal sebagai pengarah pilihan raya negeri. Zakaria (Pahang) pula diserap ke jentera pilihan raya pusat.


"Usaha pimpinan Johor dihargai namun pretasi dari sudut keanggotaan, program dan pilihan raya perlu ditingkatkan. Dr. Zaleha merupakan satu-satunya tokoh wanita yang diamanahkan untuk memimpin di peringkat negeri.


"Tugas pimpinan lainnya, lama dan baru perlu digembeleng untuk merangkul dan memantapkan kekuatan dengan pengawasan rapi olih Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali," kata beliau sambil menambah, "janganlah diandaikan tugas penyelaras negeri sebagai sesuatu yang tetap dan tidak harus dirombak."


Anwar, Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan, secara peribadi beliau tidak cenderung untuk menyelaraskan kegiatan di Sabah dan Sarawak.


"Malah Wilayah Persekutuan juga mendesak agar saya membantu. Saya kira dgn kedudukan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor, beliau lebih berupaya melonjakkan kekuatan gelanggang utama parti lebih-lebih lagi dengan jaminan dan dukungan penuh olih bekas pengerusi, saudara Azmin dan YB Tian Chua. Tambahan pula tokoh kanan parti saperti Azmin Ali bersama Sivarasa Rasiah dan William Leong membantu beliau di Selangor," katanya.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru, Wan Azizah berkata, rombakan dan pelantikan kali ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.


"Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat.


"Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya, dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak," katanya.


Wan Azizah menambah, agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.


"Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihan raya negerinya dalam masa terdekat, pelantikan Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya.

sumber - Mstar.online


Tiada ulasan: