MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Dis 2008

Majlis Peguam dibubarkan menjadi parti politik?



Majlis Peguam dibubarkan menjadi parti politik?


oleh Edmund Bon

Ia amat menyedihkan apabila kenyataan semacam ini oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang dibuat, jika benar seperti dilaporkan lebih kurang 1 bulan yang lalu:


The Bar Council should opt to dissolve itself if it wanted to dabble in politics.


He also advised Muslim lawyers in the country to be united as Muslims were “under increased pressure” of late.


Presiden Majlis Peguam telah memberikan pendapat Majlis Peguam berhubung dengan peranan Badan Peguam di negara ini dalam kenyataan-kenyataan media ‘The Bar Council is not and has never been ‘anti’ any religion’ dan ‘The Bar is apolitical’.

Saya telah menulis berkenaan perkara ini dalam ruangan Putik Lada akhbar The Star bertajuk ‘Of Lawyers and Politics’.

Pihak Pembangkang DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh (yang juga seorang ahli Badan Peguam) telah juga menyeru supaya ahli-ahli Majlis Peguam meletakkan jawatan.

Perkembangan baru-baru ini perlu dilihat dari segi tanggungjawab statutori Badan Peguam dalam seksyen 42 Akta Profesion Undang-Undang 1976. Kewajipan-kewajipan utama Majlis adalah untuk, antara lainnya, ‘uphold the cause of justice without regard to its own interests or that of its members, uninfluenced by fear or favour’, ‘to express its view on matters affecting legislation and the administration and practice of the law in Malaysia’ dan ‘to protect and assist the public in all matters touching ancillary or incidental to the law’.

Seperti yang sedia maklum, Badan Peguam telah lama menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (atau ISA). Dan seumpamanya - ini sebagai contoh sahaja, saya tidak berharap sesiapa pun ditahan tanpa bicara - jika seorang ahli UMNO ditangkap dan tahan di bawah Akta tersebut, Badan Peguam masih akan lantang bersuara menentang tangkapan dan tahanan tersebut. Tidak kira jantina, kaum, kepercayaan politik atau agama.

Contoh kedua. Sudah beberapa tahun kami telah dan masih memberikan pertolongan dan nasihat undangan kepada tahanan-tahanan ISA yang dikatakan adalah ahli-ahli kumpulan Jemaah Islamiah dan Kumpulan Militan Malaysia. (Alegasi-alegasi terhadap tahanan-tahanan tersebut belum dan tidak akan dibuktikan di Mahkamah kerana tidak terdapat keterangan berkenaan perkara-perkara ini.) Pendirian dan kepercayaan tahanan-tahanan tersebut berkenaan agama Islam dan bagaimana agama tersebut seharusnya diamalkan adalah salah satu alasan utama mereka telah dan sedang ditahan. Kami telah mewakili tahanan-tahanan tersebut dan berhujah di Mahkamah bahawa alasan kepercayaan agama tidak dapat menjustifikasikan tahanan tanpa bicara. Sila lihat Ahmad Yani Bin Ismail & Anor v Inspector General of Police & Ors [2005] 4 MLJ 636.

Ketiganya, Majlis Peguam telah lama menubuhkan Jawatankuasa Bahasa Melayu dan Jawatankuasa Undang-Undang Syariah. Jawatankuasa Kewangan Islam juga telah ditubuhkan. Hasrat Majlis adalah supaya kami mendapat maklum-balas, memenuhi kehendak-kehendak ahli-ahli kami berkenaan subjek perkara jawatankuasa-jawatankuasa tersebut, serta untuk memberi peluang kepada ahli-ahli menyumbang kepada Badan Peguam dan negara. Ahli-ahli dijemput setiap terma baru Majlis bermula Mac untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut.

Saya berharap beberapa perkara yang saya bentangkan di atas dapat dihalusi secara lebih mendalam tanpa saya memberikan penjelasan panjang lebar.

Majlis, saya percaya, amat mengalu-alukan apa jua kritikan yang konstruktif demi kebaikan Majlis/Badan Peguam dan negara ini.

Saya hanya ingin menyatakan bahawa persepsi bahawa Majlis adalah ‘anti-Melayu’ atau ‘anti-Bumiputera’ atau ‘anti-Islam’ adalah amat jauh dari realiti sebenarnya. Kami tidak pernah membuat keputusan atau bertindak atas kepentingan kaum atau agama, tetapi berdasarkan isu-isu sahaja.

Perlu diingati bahawa Majlis yang terdiri dari 36 ahli bukan satu golongan yang ‘mono-ethnic’ atau ‘mono-religious’. Ramai ahli Majlis adalah kaum Melayu dan/atau menganuti agama Islam, dan sebarang tomahan terhadap Majlis adalah tomahan terhadap setiap satu ahli Majlis Peguam.

Saya menjemput Tan Sri dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia untuk berdialog berkenaan isu-isu semasa seperti ISA, dan sangat berharap Persatuan dan Majlis dapat bekerjasama untuk memperbaiki perkara-perkara yang perlu demi kepentingan peguam-peguam dan masyarakat majmuk negara ini.


Nota : Edmund Bon adalah aktivis Majlis Peguam dan peguambela Anwar Ibrahim

sumber - loyarburok

2 ulasan:

irsh berkata...

Daripada isu-isu yang dibangkitkan oleh Majlis Peguam, memang pada kami rakyat Malaysia yang beragama Islam dan Melayu Majlis Peguam adalah Anti Islam dan Anti Melayu. MP membisu dalam banyak hal berkaitan yang bukan Islam dan Melayu. Sudah terang lagi bersuluh. Tak payah nak berputar belit Edmund Bon.

alluqman berkata...

Edmund Bon tinggal di mana????
Berpijak di bumi yang nyata....

Orang Islam WAJIB kata agama lain tidak sama dengan Islam. Agama Islam adallah agama tertinggi.

Dan jika ada orang Islam menyamatarafkan Islam, maka dia KAPIAQ.....

HANG PAHAM TAK BAHLOL....