TIDAK lama lagi nampaknya Kapar, Kelang akan menghadapi pilihan raya kecil apabila ahli parlimennya, S. Manikavasagam telah diasak untuk meletak jawatan dengan pelbagai tuduhan termasuk dituduh sudah ‘dibeli’ oleh BN atas isu terminal bas baru di Kelang.
Manikavasagam yang menang atas tiket PKR mungkin lemas dengan keadaan dalaman PKR yang tidak henti-henti dengan masalah sesama mereka. Keadaan goyah antara PAS dan DAP sebagai anggota Pakatan Rakyat pun tidak menjamin pakatan itu boleh bertahan lama.
Lebih lagi tindakan dalam menyusun semula kepimpinan PKR di semua negeri melibatkan pelucutan 7 orang pemimpin telah menimbulkan banyak masalah dalam PKR.
Tindakan mentor PKR, Anwar Ibrahim yang mengambil alih kepimpinan Sabah dan Sarawak juga dikatakan Anwar tidak boleh mengiktiraf orang tempatan dan keadaan ini akan menjurus ke arah kehancuran parti itu yang dilihat semakin lemah sejak Anwar gagal mengambil alih kerajaan pada 16 September lalu.
Dari sumber ahli PKR sendiri ketika mengulas tindakan Anwar selepas menyusun semula kepimpinan negeri telah terhambur kata-kata yang Anwar sedang menghadapi satu sindrom baru - tidak mudah lagi mendapat kepercayaan ahli parti itu.
Mereka ada yang mengakui bahawa kejayaan Anwar di Permatang Pauh kemudiannya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen tidak begitu bertenaga sepertimana yang diharapkan ahli PKR. Anwar hanya sibuk mahu jadi Perdana Menteri daripada memberi khidmat kepada rakyat yang telah memberi sokongan kepada PKR.
Namun ada sesetengah ahli sedang memerhati perkembangan selanjutnya apakah Anwar terus akan menggunakan kuku besinya yang juga menjadi perhatian parti anggota lain seperti PAS dan DAP yang kebetulan tidak pernah sehaluan dalam perjuangan masing-masing.
Tidak kurang juga yang hingga menyebut bahawa Anwar sedang dikejar bayang-bayang kes liwatnya dengan Saiful yang masih belum selesai yang menyebabkan dia sentiasa kelihatan tidak tenang dan gelabah dalam membuat sebarang kenyataan dan keputusan.
Ramai juga ahli PKR yang menjangka dalam waktu terdekat ini, PAS mungkin akan menarik diri daripada berada dalam pakatan yang tidak mengikhtiraf parti itu sebagai parti komponen yang senior.
Orang-orang PAS sendiri ada yang bersungut di luar apabila parti itu kurang mendapat penghormatan secara ikhlas dari mana-mana parti yang memerintah negeri terutama di Pulau Pinang dan Perak manakala di Selangor, PAS hanya menempel di belakang PKR sahaja.
Selaku Presiden PKR, Wan Azizah hanya duduk sebagai ‘Queen’ semata-mata di mana segala-galanya akan menurut kata Anwar selaku penasihat. Baru sekarang ahli-ahli yang sudah mula jelek dengan sikap Anwar merasakan PKR adalah sebenarnya parti suami isteri untuk mentadbir sebuah negara jika berjaya memerintah.
Kata-kata yang lebih buruk terhadap Anwar sudah semakin dirasakan, segala tindakan Anwar yang mementingkan diri sendiri itu sedang menerima musibah sedikit demi sedikit daripada sumpah laknat Saiful yang Anwar enggan lakukan dalam membela diri terhadap kes liwat yang sedang menunggu perbicaraan.
Daripada mata kasar, walaupun tidak ada publisiti yang ahli PKR keluar parti, tetapi secara senyap, ramai ahli aktif PKR sudah beransur tidak lagi mempedulikan hal parti dan kembali sibuk dengan hal masing-masing. Mereka yang bertindak begitu adalah kerana mereka sedar PKR bukan tulen dalam perjuangannya membela rakyat dan memperjuangkan kestabilan negara. Sebaliknya mereka menjahanamkan lagi keharmonian dan kestabilan negara yang telah rakyat nikmati sekian lama melalui BN.
Dengan perkembangan terbaharu ini akan menyebabkan PAS keseorangan melawan BN di Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang.
Jauh sekali DAP dan PKR yang sepatutnya membantu PAS di Kuala Terengganu tidak akan dilakukan bersungguh-sungguh. BN lebih selesa dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu walaupun PAS akan meletakkan calon yang lebih hebat daripada calon BN.
Lebih lagi kali ini PAS terlalu berhati-hati mahu meletakkan calon manakala BN sudah bersedia dan menjalankan kempen awal. Semua ini menyumbang kepada menyebelahi BN.
sumber - Malaysia-hariini
2 ulasan:
paku dulang dulang serpih... kata bn beli... huh.. dier lagi lebih...
memang teruk..PKR memang nampak perpecahan sejak 3 bulan selepas menang besar..sebab PKR dah lari jauh daripada perjuangan..
sekarang dah syok atas takhta..
lupa semua..
lantak kaula PKR..
da ketua macam tu...
apa nak cakap lagi?
Catat Ulasan