MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Nov 2008

Undang-undang di Malaysia larang umat Islam tukar agama - bekas hakim Mahkamah Tinggi



Undang-undang di Malaysia larang umat Islam tukar agama - bekas hakim Mahkamah Tinggi


Semasa membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan” dalam Seminar Antarabangsa Mengenai Undang-undang Perbandingan 2008, bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Faiza Tamby Chik menyebut:

Undang-undang sedia ada melarang seseorang Islam menukar agama selagi dia masih berketurunan Melayu seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan.

Manakala dalam hal seseorang bukan Melayu pula apabila dia telah memeluk Islam dan tiba-tiba mahu meninggalkan agama tersebut, beliau perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri terlebih dahulu bagi memperolehi kebenaran.

Dalam erti kata lain konsep kebebasan agama yang dipopularkan oleh Barat dan para orientalis sesungguhnya tidak terpakai bagi umat Islam di negara ini.

Mungkin mereka yang tidak Islam memandang ini sebagai suatu bukti betapa tertutup dan radikalnya Islam terhadap para peganutnya, tetapi bagi sesiapa yang memilih untuk menjadi seorang Islam itulah tanggungjawab yang perlu diterimanya.

Saya percaya kawalan yang sedia ada sebagaimana yang disebut oleh Datuk Faiza itu menunjukkan betapa para pembuat undang-undang kita menyedari bahawa Islam adalah suatu agama dan anutan hidup yang serius dan memerlukan komitmen sepanjang hidup.

Siapa sahaja memeluk Islam perlu sedar dan disedarkan darihal prinsip ini. Jangan memeluk Islam semata-mata atas tuntutan nafsu, ingin kahwin, ingin kontrak, harta dan seumpamanya, apalagi mencuba-cuba. Kerana sebaik memilih Islam, sipemilih tadi telah dengans sendirinya berikrar akan teguh dan terus berada dalam agama ini sampai akhir hayat, sebarang perubahan akan mengakibatkan ia berpaling tadah terhadap Islam dan terdedah kepada hukuman.

Kerana itu kita mengharapkan pihak berkuasa agama dan badan-badan dakwah dan NGO yang berkenaan agar memberi pendidikan dan pemahaman yang sewajarnya terhadap mereka yang mahu memeluk Islam atas apa alasan sekalipun. Biar mereka sedar bahawa Islam bukan agama main-mainan, Islam adalah komitmen dunia-akhirat, jika mereka tidak sanggup atau was-was maka lebih baik mereka tidak memilih untuk menjadi Islam.

Dan begitu juga kepada orang-orang Melayu. Jangan kerana hambatan nafsu mereka tiba-tiba memilih mahu meninggalkan agama ini, kerana bagi mereka sebenarnya tiada pilihan. Datuk Faiza memetik penghakiman dalam kes Lina Joy (wanita Melayu yang memohon untuk murtad) yang menyatakan:

"Orang Melayu tetap seorang Islam hingga mati, ia tidak dibenarkan langsung meninggalkan agamanya melalui surat ikatan pol dan memohon perisytiharan berdasarkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan,"

(Ini keputusan yang terpakai di Malaysia walaupun Perkara 18 Persiytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR) memberikan hak kepada semua orang memilih agama yang ia kehendaki)

Dalam hal itu jugalah maka sewajarnya penganut atau mubaligh agama lain jangan sekali-kali menghampiri atau memujuk seorang Islam khasnya orang Melayu untuk meninggalkan dan menukar agamanya, kerana ia bukan sekadar akan mencetuskan konflik yang besar malah dilarang oleh perlembagaan dan undang-undang negeri-negeri.

Memang Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, walau bagaimanapun kebebasan itu tiada bagi seorang Melayu atau Islam. Ini satu hakikat yang perlu diterima semua pihak dalam negara ini. Jangan lagi ada kekeliruan selepas ini sehingga mencetuskan ketegangan yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

sumber - Roslan SMS


2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

itulah padanya jika kt tak bersatu !

mudah ditindas di negara sendiri.

oleh orang yang pandai menggunakan undang undang

hingga halal jadi haram atau haram jadi halal.

kegiatan kristianisasi membimbangkan dan kita kena bersatu hati melawan gerakan ini...

fahazumee berkata...

inilah padah kalau ikut undang2/perlembagaan barat... Islam telah sediakn hukum-hakam, ikut je la..
hukum ni Allah yang punya.. takkan yang dicipta lebih tahu daripada yang Mencipta??