PEMIMPIN yang suka membuat petikan kata-kata orang lain untuk memperkuatkan hujahnya dalam perdebatan atau pun ucapan adalah pemimpin yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, tidak ada jati diri dan tidak berkualiti.
Ada pemimpin yang berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa dia seorang intelektual yang banyak membaca dan mempunyai pengetahuan yang luas sedangkan sebenarnya dia sendiri tidak membaca ucapannya yang disediakan oleh pembantu-pembantunya.
Dan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Anwar Ibrahim masih berbuat demikian ketika bercakap membahaskan belanjawan baru baru ini maka para wartawan yang senantiasa mengikuti perkembangan semasa dapat menilai bahawa pemimpin Keadilan itu mengulangi gaya lama.
Kata wartawan Star Zulkifli Abd.Rahman: ``There was the usual dose of the Anwar public-speaking style of his heyday when he was in the government.”
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir jarang sekali memetik kata-kata pujangga, ahli falsafah dan pemikir-pemikir pemikir Barat dalam ucapan-ucapannya, malah kata-katanyalah yang sering menjadi petikan orang lain.
Malah para wartawan tahu bahawa Tun Mahathir kuat membaca dan menyediakan sendiri ucapannya malah ada kalanya beliau menolak terus ucapan yang disediakan untuknya.
Anwar Ibrahim bukan sahaja ketika berucap di seminar, forum dan majlis-majlis perdebatan ilmiah mengemukakan petikan kata-kata hikmah, malah beliau berbuat demikian dalam ucapan di Parlimen.
Dalam hal ini , wartawan akhbar Sunday Star Zulkifli Abd Rhman dalam laporan Dewan Rakyatnya yang bertajuk No firewokrs In Anwar's Speech seterusnya menulis: “ He sprinkled his speech with quotes from anciet philosophers like Cacero to modern thinkers like businessman Waaren Buffet to highlight his points- that the government needed to present a new Budget to consider the economic onslaught of the current global financial crisis”.
Pada perhitungannya anggota-anggota Parlimen akan menunggu untuk mendengar ucapannya yang pada perkiraan pegawai-pegawainya hebat, tetapi Dewan telah kosong ketika beliau berucap kerana anggota-anggota Parlimen lebih bersedia untuk keluar duduk bersembang di luar sehingga loceng terpaksa dibunyikan untuk memanggil mereka masuk kembali bagi mencukupkan korum.
Penghinaan ini tentu lebih dirasai oleh Anwar Ibrahim terutama sekali apabila beliau dapat melihat bahawa ucapan penasihat DAP Lim Kit Siang lebih menarik perhatian anggota-anggota Parlimen dari BN. Sama ada kita suka atau tidak dengannya, Lim adalah juga seorang yang terkini dengan pembacaannya seperti Tun Mahathir berbanding dengan Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.
Keupayaannya berhadapan dengan Menteri Penerangan, Shabery Cheek di forum yang disiarkan secara langsung oleh RTM tidak lama dahulu adalah oleh kerana beliau diberikan peluang untuk bersedia lebih dahulu dan hujahnya jelas bersifat retorik populis dan bukannya berdasarkan angka dan fakta, tetapi bermain dengan gambaran beliau mewakili rakyat miskin, petani, nelayan dan sebagainya.
Orang ramai menjangkakan Anwar pastinya akan berkecamuk jika berhadapan dengan ahli kewangan dan ekonomi seperti Noor Yaacob atau Najib Tun Abdul Razak.
Bagaimanapun kepada rakyat, seniman jalanan adalah lebih hebat daripada seorang pemimpin tulen yang realis, jujur dan benar-benar dapat berkhidmat kepada rakyat dan negara.
Rakyat boleh terpengaruh dengan mudah oleh retorik Anwar bahawa BN dan UMNO penuh dengan rasuah, penyelewengan, kronisme, nepotisme dan sebagainya dengan melupai hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat yang hanya baru berkuasa telah sanggup menerima rasuah seks sebagai `sedekah' dan beberapa orang Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak menghadapi tuduhan rasuah.
Demikianlah ketaksuban dan kefanatikan membutakan pandangan dan pertimbangan manusia sehingga mereka sendiri merima mala petaka kelak.
sumber- malaysiaaktif.com
2 ulasan:
tahap pemikiran ko ni rendah sial...
lillahi ak rasa camtu
Rasanya orang yang bertahap pemikiran rendah dia mencarut, terus keluar dari otak tanpa berfikir. Sebut nama tuhan lagi. Jika tahap pemikiran tinggi jawab balik hujah diatas....
Catat Ulasan