MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Nov 2008

Apa yang Membezakan Muslim Moderat dan Muslim Radikal



Apa yang Membezakan Muslim Moderat dan Muslim Radikal?


oleh John L. Esposito & Dalia Mogahed


Washington, D.C. – Kalau bertanyakan kepada para pembuat dasar luar negara di negara mana sekalipun, bilakah Barat dapat menang dalam usaha perang melawan terror? Sudah pasti jawaban yang mereka berikan, "Ketika dunia Islam menolak radikalisme."

Siapa gerangan yang disebut kaum Muslim Radikal itu? Apa yang menyebabkan kemarahan mereka? Semuanya akan menjawab dengan nada sama : kaum radikal adalah kaum fundamentalis agama; mereka miskin; mereka adalah orang-orang yang putus asa dan penuh kebencian. Tetapi semua teori itu salah.

Berdasarkan Bancian Pendapat Dunia yang baru dari Gallup (badan penyelidikan tertua di Amerika) yang melakukan lebih dari 9000 wawancara di sembilan negara Muslim, kami menemukan jawapan yang berbeza dengan pendapat sebelum ini, kaum Muslim Radikal ternyata memiliki banyak persamaan dengan saudara mereka yang moderat.

Jika Barat ingin membendung para ekstremis, dan memperdayakan majoriti Muslim Moderat, maka perkara pertama yang harus dilakukan adalah mengenali siapa lawannya.


Kesamaan dasar

Kerana para teroris sering menggunakan ajaran Islam demi tujuan-tujuan mereka sendiri, para ahli dan politikus di Barat kadang-kadang menggambarkan Islam sebagai sebuah agama terorisme. Mereka sering menyalahkan semangat beragama sebagai penyebab pandangan yang radikal dan penuh kekerasan. Nyatanya, data menunjukkan keputusan yang berbaza: tidak ada perbezaan ketara antara mereka yang moderat dan radikal. Kaum radikal tidak lebih bertaqwa dibandingkan dengan kaum moderat.


Kaum Radikal Kaya

Bukan rahsia lagi kalau banyak negara dunia Muslim yang menderita kemiskinan dan tingkat pendidikan yang rendah. Apakah dengan demikian, kaum radikal lebih miskin daripada saudara mereka sesama Muslim? Kami menemukan hal yang sebaliknya: Ada perbezaan antara kaum radikal dan moderat dalam perihal kekayaan dan pendidikan, tetapi kaum radikallah yang lebih kaya dan berada di bangku sekolah lebih tinggi.


Masa Depan Penuh Harapan

Setiap kali seorang pelaku bom bunuh diri menyelesaikan misi mautnya, tindakan tersebut sering dikaitkan dengan rasa putus asa—ketidakmampuan untuk memperolehi pekerjaan, memperoleh kekayaan, atau menyara keluarga. Tetapi mereka yang lebih radikal berpolitik tidak merasa lebih "putus asa" daripada masyarakat kebanyakan.

Lebih banyak kaum radikal yang menggambarkan kepuasan mereka dengan keadaan kewangan dan kualiti kehidupan mereka daripada saudara-saudara mereka yang moderat, dan kebanyakan dari mereka memiliki harapan untuk hidup lebih baik pada tahun-tahun mendatang.


Penghargaan yang Ekstrem

Perang melawan teror didasari atas satu pertanyaan kunci: mengapa mereka membenci kami? Jawaban yang umum dari Washington adalah kaum Muslim radikal membenci cara hidup kita, kemerdekaan kita, dan demokrasi kita. Tidak juga. Baik mereka yang moderat mahupun radikal di dunia Muslim sama-sama mengagumi Barat, terutama dalam kemampuan teknologi, sistem demokrasi dan kebebasan berpendapat.


Jalan ke Masa Depan

Kalau begitu, apa yang membezakan seorang Muslim moderat dengan seorang Muslim radikal? Walaupun hampir semua umat Muslim percaya bahawa Barat seharusnya lebih menunjukkan rasa hormat terhadap Islam, kaum radikal lebih cenderung merasa bahawa Barat telah mengancam dan berusaha mengatur cara hidup mereka.

Kaum Moderat, lebih berkeinginan untuk membangun hubungan dengan Barat melalui pembangunan ekonomi. Perbezaan tanggapan ini memberikan suatu kesempatan kunci kepada para pembuat dasar untuk mengembangkan berbagai-bagai strategi dalam mencegah arus utama kaum moderat tergelincir jauh, mengurangi kekuatan pengaruh mereka, yang sudah tentu akan membahayakan kita.

Catatan: Para responden yang mengatakan bahawa Islam tidak membenarkan peristiwa 11/ dikelompokkan sebagai Muslim Moderat. Para responden yang mengatakan bahawa Islam membenarkan peristiwa 11/9 dikelompokkan sebagai Muslim Radikal. Data bancian pendapat ini diperolehi pada tahun 2005-06 dari Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Yordania, Lebanon, Maroko, Turki, dan Arab Saudi. Lebih kurang 1000 wawancara dari rumah ke rumah dilakukan di setiap negara.

###

* John L. Esposito adalah seorang profesor agama dan urusan internasional serta pengarah Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University. Dalia Mogahed adalah pengarah eksekutif kajian Muslim Gallup Organization. Artikel ini disebarluaskan oleh Common Ground News Service (CGNews) dan dapat dibaca di www.commongroundnews.org.

Sumber: Foreign Policy, November 2006, www.foreignpolicy.com


AIDC menterjemah artikel tulisan John L. Esposito & Dalia Mogahed, ditulis pada 01 Disember 2006. Artikel asal klik di sini



2 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa perlu ada label Islam Radikal atau Islam Moderat?

Sedangkan dalam Al-Quran tidak ada pula menyebut perkara sedemikian.

Ini salah satu cara Barat melagakan umat Islam.

Anwar pula Islam apa?

Sangtawal Sakranta berkata...

Salam aidc,

Biarlah esposito dengan pengajian orientalisnya,biarlah dia hanyut dengan teori teori palsu beliau tentang islam dan umat islam.Selagi beliau sendiri kafir dan tidak mengucap syahadah,hati beliau akan terhijab dari mencapai kebenaran.Mudah mudahan beliau musnah ditelan api kebenaran.

Bancian pendapat dunia dengan lebih 9000 wawancara tidak akan memberi apa apa makna kepada kita kerana mereka hanya beranggapan dan berteori sahaja.Mereka membuat bancian atau soal selidik untuk mengaburi mata mereka yang bodoh sahaja,sedangkan proses memecahbelahkan umat islam dengan memecahbelahkan pengertian islam itu adalah agenda yahudi-zionis sebenarnya.
Pembahagian makna ini umpama memecahbelahkan golongan islam ditanah arab kepada sunni dan syiah.Oleh kerana kajian mereka terhadap Nusantara dan kebangkitan islam akhir zaman ini mengetahui hampir keseluruhan umat islam dirantau ini menganut fahaman ahli sunnah wal jamaah,maka mereka memfaraidkan pula islam kepada radikal dan moderate dengan tujuan yang sama.modus operandi mereka tetap sama.mereka mahukan umat islam terus berpecah dan islam terus jatuh dan musnah melalui campurtangan kader kader murahan islam sendiri yang telah dibeli oleh mereka dengan tawaran duniawi.

Marilah berhujah untuk menentang dakwaan esposito itu :

1.kesamaan dasar.
Beliau kononnya berjaya membuat kesimpulan bahawa yang radikal itu bukan sebenarnya terroris malahan puak radikal bukanlah terlebih taqwa berbanding puak moderate.Siapa esposito untuk menilai atau berbicara pasal TAKWA ini? sedangkan takwa yang difahami umum sebagai "Takutkan Allah" itu sesuatu yang teramat payah untuk dicapai oleh umat islam sendiri.Itu sebabnya setiap kali solat jumaat,para khatib selalu menyeru supaya kita bertakwa kepada Allah.maka esposito tersasar lagi,kerana dalam islam tidak ada puak radikal atau moderate.malah dalam islam amat menekankan supaya umatnya bersederhana,tetapi amat menggalakkan umatnya bersaing dalam bidang ilmu,mengukuhkan sistem ekonomi,politik dan pertahanan.islam tidak menentang usaha mencari dunia tetapi hendaklah mencari akhirat juga supaya keduanya seimbang.kalau tidak masakan ada kata kata"berusahalah kamu seolah kamu ingin hidup seribu tahun lagi dan beramallah kamu seolah olah kamu mahu mati esok hari".Apapun bidang,islam memang menggalakkan umatnya supaya menjadi yang terbaik dan terbilang,tetapi hendaklah mengikut garis panduan islam yang betul,bukan sekadar tiru tiruan atau ikut ikutan sahaja.

2.Kaum radikal kaya.
esposito sekali lagi tersasar tentang makna dan konsep kekayaan dalam islam.Islam sebuah agama terunggul dan sangat indah penghayatannya.Kaya dalam islam ialah kaya hati dengan segala sifat sifat mahmudah.Kata Al-Ghazali,hati yang bersih dan cuci dari zulmat atau kekotoran adalah umpama cermin yang berkilau.Nabi juga memberi amaran kepada musuh musuh islam supaya berhati hati dengan firasat orang mukmin,kerana hati mereka bersih dan hijab mereka akan terbuka untuk melihat kebenaran.Inilah senjata mukmin yang sering dicari oleh setiap pejuang kebenaran.Berapa ramai orang yang kaya raya tetapi jiwa mereka tidak tenang tenteram,diselubungi tekanan jiwa dan kekusutan fikiran yang berlarutan..inilah natijah kemiskinan rohani yang sekarang ini umpama wabak yang begitu banyak menyerang kita.

3.Masa depan penuh harapan.

kesimpulan ini juga adalah salah,kerana dalam islam cara pengebom berani mati ini tidak digalakkan.Dizaman nabi,semua sahabat dan tentera islam mati syahid setelah bertempur dengan musuh secara berdepan dan gentleman,bukan mati sebagai pejuang kamikaze atau penyerang hendap yang pengecut.Dalam islam peperangan qital diwajibkan bila ada musuh yang cuba menghalang kita dari melansungkan tuntutan agama islam bila bila ada musuh yang mengancam setelah semua jalan penyelesaian sudah tertutup.Nabi tidak berperang sesuka hati.nabi tidak berperang atau membunuh kanak kanak atau wanita yang tidak berdosa.Serangan membabi buta adalah salah dan dilakukan oleh yang pendek akal.Pengebom berani mati,bagi saya nasibnya di akhirat hanya ditangan Allah.

4.Penghargaan yang ekstrem.

Dalam kupasan ini esposito telah masuk kedalam bakul dan mengangkat dirinya sendiri.Semua umat islam yang benar benar faham islam tidak pernah mengagumi barat apa lagi untuk sanggup berkiblat kesana.
Mereka perlu menoleh sejarah,mereka terlalu jauh ketinggalan zaman bila islam semakin berkembang di tanah arab dahulu,malah sewaktu zaman keagungan Andalusia,mereka masih jahil dan berada dalam zaman gelap.Kalaulah bukan kerana kekalahan islam dalam perang salib dan proses memusnahkan kitab ilmu seperti dibuat menambun laut untuk laluan tentera berkuda mereka sehingga laut berubah warna hitam dicemari dakwat tinta islam,
kalaulah tidak kerana proses penterjemahan ilmu dan teknologi ke dunia mereka...pasti..hingga kini mereka mungkin berada dizaman yang gelap lagi mundur.Sejarah tidak pernah menipu kita.

5.Jalan masa depan.

Siapa esposito yang beranggapan golongan moderate lebih menerima barat untuk memajukan apa juga sistem yang ada di negara kita?.Ini adalah jarum mereka yang disuntik keseluruh Nusantara untuk memastikan agen mereka yang kononnya lebih moderate atau lebih baik ini diterima dan dijadikan sumber pemikiran dan ikutan oleh semua.

Bagi saya,esposito adalah sarjana murahan zionis yang datang untuk merealisasikan agenda mereka.Adalah tidak logik bila seorang sarjana dan pensyarah terkemuka membahagikan dunia islam kepada radikal dan moderate hanya berdasarkan pendapat tentang serangan 16/9 sahaja.Bancian bodoh yang dibuat 2005/06 dengan lebih kurang 1000 wawancara melalui soalan bodoh dimana jawapan YA, BERSETUJU dan TIDAK BERSETUJU itu tidak masuk akal sama sekali kepada mereka yang pernah membuat penyelidikan dan kertas kerja ilmiah di peringkat sarja atau phd.Bentuk soalan ya atau tidak ini adalah soalan yang amat mudah dijawab oleh setiap responden kajiselidik dimana mana negara pun.ia langsung tidak mencabar minda responden dan boleh dijawab sambil tidur atau sambil membuang air besar saja.Oleh itu..mahukah kita tertipu dengan kajian esposito ini atau kita hanya mengiakan saja atau menganggukkan kepala serta taksub kepada pengikut atau pencacai murahan esposito yang menyanjung esposito sebagai orientalis terhebat dunia???
Berfikir dan bertafakurlah kita seketika ,supaya Allah menyuluh jalan kebenaran itu buat kita.

catatan : sangtawal sakranta

http://www.sangtawal.blogspot.com