Singapura ini dulu Temasik namanya. Sang Nila Utama adalah Raja Melayu yang pernah memegang tampuk kuasa di sana beratus tahun dahulu. Baginda berasal dari Sumatera dan bertanggungjawab dalam membuka negara pulau ini, Bagindalah menukar namanya dari Temasik ke Singapura. Memerintahnya selama 48 tahun dan mangkat serta dimakamkan di Bukit Larangan di pulau tersebut.
Dari Sang Nila Utama pulau ini bertukar tangan, melalui berbagai perubahan, dijajah, bergolak dan kini berdiri atas nama Republik Singapura. Tiada lagi Raja Melayu yang bersemayam di sini malah kuasa politik Melayu pun sudah semakin mengecil.
Dari bumi Melayu, Singapura melalui evolusinya sendiri, menjadi masyarakat berbilang kaum dan kini didominasi oleh kaum Cina yang memegang tunggak kuasa lantaran besarnya bilangan mereka di sana hari ini. Itulah realiti politik Singapura hari ini.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini tanpa mahu melelehkan sebarang sentimen perkauman takut nanti dicap “racist”, sekadar mahu menunjukkan berbezanya sungguh suasana antara kita dan negara jiran kita itu.
Sabtu lepas PM Singapura Lee Hsien Loong telah hadir dalam satu majlis bersama pemimpin-pemimpin akar umbi Melayu di sana, berkebutlan kehadiran beliau dalam suasana Amerika Syarikat baru menyaksikan seorang kulit hitam (yang merupakan penduduk minoriti di Amerika) menang menjadi Presiden negara yang didominasi sebelum ini oleh warga kulit putih.
Lalu dalam majlis tersebut beliau ditanya apakah Singapure bersedia untuk menerima seorang dari kaum minoriti menjadi PM. Kata Lee boleh tetapi tidak dalam waktu yang terdekat. Alasannya masyarakat Singapura masih terdorong dengan isu perkauman walaupun ia sudah semakin berubah.
Saya ingat satu ketika dahulu semasa Lee seorang Jeneral dalam Tentera Singapura, ada dilontarkan pertanyaan apakah Tentera Udara Singapura bersedia mengambil anak Melayu Singapura menjadi juruterbang jet penggempurnya (fighter pilot), kata Lee ketika itu, Singapura belum bersedia kerana bimbang akan ketaatan juruterbang itu kiranya Singapura bertegang dengan negara jirannya!
Bagi saya selagi PM ini menjadi PM Singapura, memang tiadalah tempat buat golongan minoriti di sana, khasnya orang Melayu. Ini berbeza dengan sejarah Obama kerana orang kulit hitam tidak pernah menjadi kaum majoriti di Amerika sedangkan Sang Nila Utama pernah menjadi Raja!
Bersyukurlah kita di Malaysia tidak begitu, Majulah Singapura!
sumber - Roslan SMS
2 ulasan:
Assalamualaikum,
Singapura maknanya Negeri Singa seperti yg diberi nama oleh Raja Melayu Sang Nila Utama.
Sekarang ini keturunan raja Melayu Singapura sudahpun dihalau drpd tanah istana mereka di Kampung Gelam
Beribu-ribu pendatang Hong Kong dibawa masuk ke Singapura sblm Hong Kong menjadi sebahagian dari China menyebabkan Bangsa Melayu menjadi semakin minoriti di Singapura
Kepada Singa yg berpura-pura,tunggulah kedatangan Imam Mahdi yg akan membawa keadilan kepada Bangsa Melayu di Singapura,Insyaallah
ada dengar cerita ramai juruterbang dan mekanik kapal terbang melayu tak dapat peluang di sana..ramai yang menyeberang tambak dan berkerja dengan MAS...tiada peluang untuk melayu di sana...mungkin sektor lain pun sama...pemerintahan PR dengan majoriti DAP pun sudah ke arah itu..minta dijauhkan bala besar ini..puak-puak mereka ini akan meminta lebih lagi sehingga bumiputera akan tiada apa lagi untuk dipertahankan..kebudayaan dan adat resam melayu cuma hanya bernilai untuk bahan pameran muzium bagi mereka..jika DAP mahu ke arah ini..kenapa perlu kita sokong?
hab halal di Johan Setia tiada khabar berita...projek babi terus diumumkan bila menang pilihan raya..dah nampak siapa mendominasi politik Selangor..tahniah PKR,PAS dan DAP..Impian menjadikan Malaysia sebagai Singapura ke-2 kian tercapai...cuma perlu beringat, bumiputera takkan balik rumah tengok astro dan hanya membiarkan anda semua merampas segalanya...waspadalah kerana kami ada yang perlu dipertahankan
wassalam
p/s:Singapura mesti ada share kot.. projek babi kat Selangor...hehe..tolong siasat
wassalam
Catat Ulasan