MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Nov 2008

Seperti Obama, bukan Melayu pun tuntut jadi PM Malaysia



Seperti Obama, bukan Melayu pun tuntut jadi PM Malaysia


APABILA Barack Obama memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, di lobi Parlimen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut ditanya oleh salah seorang wartawan Malaysia sama ada boleh rakyat Malaysia dari kaum minoriti menjadi Perdana Menteri.

Akhbar The Star hari ini menjadikan jawapan Abdullah sebagai berita utama di muka 6 dengan promosi ketara di muka depan berbunyi:``It is possible for anyone from a minority group to be an nation's leader, the Prime Minister said while congratulating Obama on his election victory.''

Menurut Abullah, terpulanglah kepada rakyat (Malaysia) untuk menentukan, sebagaimana yang rakyat Amerika lakukan melalui proses demokrasi.

Sekali lagi peristiwa ini membuktikan bahawa AS mempunyai pengaruh yang besar ke atas dunia, sama melalui budaya, politik, ekonomi atau ketenteraan.

Di Malaysia, sudah ada rakyat bukan Melayu berangan-angan bahawa jika Obama boleh menjadi Presiden AS, di negara ini juga boleh berlaku peristiwa yang sama.

Tidak salah untuk berangan-angan, tapi biarlah ia berlandaskan realiti. Realitinya, ia tidak mungkin berlaku di Malaysia dalam tempoh terdekat, setidak-tidaknya selagi orang Melayu dan Islam menjadi penduduk majoriti. Ia samalah juga dengan menyatakan kemungkinan seorang Melayu menjadi Perdana Menteri Singapura. Apakah orang Cina Singapura sudah bersedia untuk memilih orang Melayu menjadi Perdana Menteri?

Realitinya juga, AS mencapai kemerdekaan pada 1776 dan hanya selepas 332 tahun barulah berlaku perubahan yang Obama catatkan.

Secara tidak langsung, keterujaan The Star itu sama ada ia mencerminkan hati nurani reaksi seluruh bukan Melayu atau hanya di kalangan kaum Cina, boleh menyinggung perasaan orang-orang Melayu.

The Star juga perlu sedar bahawa Obama tidak akan dipilih jika beliau mengaku atau disahkan beragama Islam. Malah soal agamanya telah dibangkitkan berkali-kali semasa kempen, sehingga memaksa Obama menegaskan beliau beragama Kristian walaupun berketurunan Islam dari sebelah bapanya. Namun penjelasannya tidak menyekat penentang-penetangnya daripada mempersoal pendiriannya terhadap Islam dan umat Islam.

Konteks yang sama juga wajar dibawa ke Malaysia oleh kalangan yang berangan-angan mahu melihat seorang minoriti menjadi Perdana Menteri. Mungkin tiba masanya kelak warna kulit tidak lagi menjadi isu untuk menjadi Perdana Menteri, tapi warna kepercayaan agamanya akan tetap menjadi perkiraan. Mudah cakap, seorang yang mahu menjadi Perdana Malaysia mestilah beragama Islam.

Malah sekiranya seseorang itu hanya berketurunan Melayu tapi bukan Islam, sekarang pun dia tidak akan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri.

Agak menarik, pada hari yang sama Utusan Malaysia (akhbar cermin fikiran Melayu) tidak menyiarkan laporan kemenangan Obama sebagai berita utama di muka depan. Tidak sebagaimana The Star yang melaporkan kemenangan Obama dengan tajuk ``Change it is!'' atau dalam bahasa Malaysia boleh diterjemahkan sebagai ``Perubahan berlaku!''

Sebaliknya Utusan Malaysia menyiarkan peringatan Sultan Azlan Shah sebagai berita utama dengan tajuk besar ``Henti guris Melayu.''

Dilaporkan bahawa ``Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.''

Maka jelas apa yang The Star putarkan daripada kemenangan Obama adalah sesuatu yang boleh mengguris hati orang Melayu. Malaysia baru merdeka 51 tahun dan The Star sudah menganjurkan kaum minoriti menjadi Perdana Menterinya.

sumber - malaysiaaktif.com


4 ulasan:

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad berkata...

Saya pohon keizinan tuan untuk memberi pendapat.

1. Amerika dikatakan mengambil masa lebih lebih 300 tahun untuk menerima penduduk berkulit hitam sebagai presiden. Semua rakyat Malaysia begitu teruja dengan peristiwa tersebut. Lantas segenap lapisan bukan Melayu mendesak supaya politik di Malaysia (atau lebih tepat mendesak orang Melayu)supaya mengambil pakai pendekatan pengundi-pengundi Amerika yang mengenepikan soal-soal darah, warna kulit atau perkauman dalam memilih pemimpin.

2. Sejarah yang berlaku di Malaysia dipandang sepi. Hakikatnya Malaysia tidak menunggu selama 300 tahun atau lebih seperti yang berlaku di Amerika.

3. Bukankah pada tahun 1957, dimana kita merdeka kita memilih Tunku Abd Rahman (TAR) sebagai PM. Mengapa tidak disebut etnik Siam menjadi PM? Untuk pengetahuan tuan, ibu TAR atau Cik Manjalara adalah seorang puteri Siam. TAR dan Obama adalah sama dari segi darah. Obama separuh kulit putih dan separuh kulit hitam, manakala TAR adalah separuh Melayu dan separuh Siam.

4. Begitu juga mengapa tidak disebut seorang berketurunan India menjadi PM Malaysia sewaktu pemerintahan DR Mahathir (DRM). Berbanding TAR, DRM lebih hampir dengan Obama kerana kedua-dua persamaan itu boleh dilihat dari sebelah bapa. Bukanlah satu rahsia lagi bahawa bapa DRM adalah berketurunan India totok.

5. Begitu juga Pak Lah. Beliau adalah berketurunan ARAB dari sebelah bapa dan berketurunan Cina dari sebelah ibu. Dan juga jangan kita lupa bahawa Tun Razak itu Bugis dan Hussain itu Turki. Seingat saya beberapa tahun yang lalu Datuk Najib dsambut oleh orang Bugis di Sulawesi sebagai Orang Besar Bugis. Beliau menjadi kebanggaan bagi orang Bugis!

6. Masalahnya pemikiran orang-orang Malaysia. Apa yang berlaku di Malaysia memerlukan pengesahan dari Amerika tetapi apabila pengesahan itu telah terjadi di Amerika kita langsung melupakan bahawa Malaysia telah mendahului Amerika. Bukankah Bailout itu serupa?

7. Sekian terima kasih.
Akulamat

Bijen M. berkata...

konklusinya soal agama menjadi titik tolak dalam perihal mencari pemimpin..
perkara seumpama ini semestinya merisaukan..
melayu sememangnya majoriti di antara bangsa lain tapi minoriti jika bangsa lain bersatu menolak melayu..

Truth prevails berkata...

"If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible, who still wonders if the dream of our founders is alive in our time, who still questions the power of our DEMOCRACY, tonight is your answer"
-OBAMA'S VICTORY SPEECH (Nov 5, 2008).

P/S: Despite all that, it took almost 200 years for the American people to have their first black president.

....and, Msia has just passed it's 50 years of independence :)

wokyoh berkata...

salam semua.

buat syarifah...
memang benar tun dr mahathir keturunan india...tapi saya tidak berapa setuju dengan pandangan saudari yang tun berasal dari keturunan india totok.

totok ni bunyinya macam pure sangat...seperti jawa totok bawa penyapu...

Ramai yang tahu keturunan Tun mahathir dari sebelah bapanya yang berasal dari karla India,tapi ramai yang tidak tahu dan berbicara tentang nasab keturunan tun dari sebelah ibunya…ibunya bernama Wan tempawan bt Wan Hanafi itu adalah dari keturunan bangsawan sejati kedah iaitu wan mat saman perdana menteri kedah yang terkenal itu.Sebagaimana yang kita ketahui orang yang bernama Wan ,Nik atau Che dipangkal nama ini baik dari kedah atau kelantan adalah ada hubungkait pertalian darah keturunan diraja hingga ke salsilah raja raja melayu lama iaitu raja Langkasuka atau empayar chermin dan kerajaan melayu lama champa.

memang benar...orang bukan melayu islam juga boleh jadi PM malaysia kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.itulah sebabnya wakil dari DAP juga berangan angan untuk jadi PM malaysia...ini mungkin boleh berlaku jika Pakatan rakyat memerintah negara.Lihat kepada menteri kabinet bayangan anwar, siapa timbalan perdana menterinya??? siapa menteri dalam negerinya???itulah sebabnya mereka sangat menyokong anwar dan rela bergabung dengan pas.Dengan cara ini mereka mudah mendaki ke puncak.

masih ingatkah kita siapa yang mula memanggil anwar al-juburi dan siapakah pula yang mula bercakap dalam parlimen pasal al juburi?.kalau tanpa bukti yang kukuh masakan beliau begitu berani mendedahkannya diparlimen. dan amat menghairankan saya pula bila orang ini pula yang menjadi peguambela anwar selepas itu.Biasanya orang yang dibela mesti mendedahkan perkara yang sebenar kepada peguam bela untuk memudahkan peguambela berhujah dan mencari alasan pembelaan.rahsia ini tersimpan kemas dalam fail peguambela dan dianggap sulit dalam kod etika profesional guaman.

anwar kini umpama layang layang yang dipegang talinya oleh mereka yang sudah tahu jenis wau dan sejauh mana tahap tingginya wau boleh terbang!!!walau setinggi manapun wau boleh naik melepasi awan...tapi bila tuan punya wau mahu wau turun..mudah saya baginya..hanya tarik talinya saja...

Biasanya dalam permainan wau atau pertandingan wau..penonton hanya asyik tengok kepada wau bermain angin diatas sana..jarang penonton yang perhatikan orang yang mengendalikan wau atau tuan wau kecuali orang orang tertentu saja.

Bayangkan si anwar yang ibarat layang layang ini menjadi PM nanti.
fikir fikirkanlah!

Mungkinkah impian mereka akan terlaksana jua???