Pada 6 November 2008, dalam satu temubual dengan radio Israel, Tzipi Livni (Menteri Luar Israel) meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Iran. Ini antara petanda awal bahawa Israel tidak mahu Amerika Syarikat bersikap terbuka terhadap Iran, seterusnya meneruskan dasar yang sedia ada terhadap Iran.
Sementara itu, perlantikan Rahm Emanuel (seorang Yahudi) sebagai White House Chief Of Staff oleh Obama telah dianggap sebagai klon Wolfowitz. Rahm Emanuel dianggap "Wolfowitz II".
Wolfowitz sekarang bertugas sebagai Visiting Scholar di American Enterprise Institute (AEI) bersama dengan Lynne Cheney (isteri Dick Cheney, seorang Yahudi). Apakah itu AEI? AEI adalah satu think tank neo konservatif yang amat berpengaruh. Richard Perle, Dick Cheney, Wolfowitz dan Douglas Feith adalah antara orang utama AEI. Mereka ini adalah tokoh-tokoh perang Amerika Syarikat dan antara pelobi yang berpengaruh di Amerika Syarikat, majoritinya adalah Yahudi.
Apakah AEI tidak menghulurkan bantuan untuk menaja mana-mana calon Presiden Amerika Syarikat? AEI juga turut beroperasi untuk meningkatkan tabung Jewish Institute for National Security Affairs (JINSA). JINSA banyak memberikan bantuan kepada operasi overt dan covert Israel.
Apakah di bawah pentadbiran Obama, Rahm Emanuel tidak akan meneruskan misi JINSA dan AEI? Apakah selepas ini ada orang yang mahu berulang alik ke Washington untuk mendampingi pula "Wolfowitz II"?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM
1 ulasan:
memang sudah dijangka.
obama adalah kambing hitam zionis.
namun apakah ahmadinejad akan tunduk kepada obama???jawapannya TIDAK.
jika obama meneruskan lagi dasar luar bush seperti meneruskan misi ditimur tengah...perbelanjaan perangnya akan meningkat dan ekonomi amerika akan terus merundum walaupun mereka membuat bail out dengan belanja yang besar.
lebih baik obama bawa balik askar askar mereka pulang...mati sebab tak tahan panas pun dah ramai!!! tu belum dikira angka sebenar yang mati dalam perang ala gerila dipadang pasir.
Catat Ulasan