MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Nov 2008

Perbicaraan kes Anwar kekal di Mahkamah Sesyen KL

07/11/2008 4:02pm

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Hakim S. M. Komathy Suppiah hari ini menetapkan sebutan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen pada 14 November ini.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Komathy berkata, Abdul Gani tidak sepatutnya mencampuri kes liwat berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `berjanji’ bahawa peguam negara itu tidak akan terlibat dalam kes Anwar.

Komathy akan mendengar sebutan kes itu bagi menetapkan tarikh perbicaraan di mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu para pemberita bahawa pihaknya pasti membuat dua permohonan iaitu bagi rayuan dan semakan kehakiman berhubung keputusan hari ini. - Utusan

sumber- Utusan Malaysia

Tiada ulasan: