MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Nov 2008

Konflik Palestin : Anwar Ibrahim kata HAMAS tidak demokrasi - Israel insider

Mahmod Abbas, wakil kumpulan Fatah, Palestin bekerjasama dengan Ehud Olmert, wakil Israel. Perjanjian damai ini dinamakan Annapolis Summit 2007 yang diusahakan Amerika Syarikat. Majoriti rakyat Palestin, terutamanya Kumpulan HAMAS menentang 'perjanjian damai' ini kerana perjanjian berat sebelah yang amat menguntungkan regim Israel.


Konflik Palestin : Anwar Ibrahim kata HAMAS tidak demokrasi - Israel insider


Oleh Dr Gershon Baskin, Ph.D.

Sejak akhir Mei 2003, saya telah menambah petikan kata-kata Ariel Sharon sebagai sebahagian daripada tandatangan email saya. Ini amat bererti kepada saya memandangkan Sharon melambangkan hampir kesemua yang saya bangkang di Israel. Petikan kata-kata ini menandakan perubahan sebenar yang dijalankan oleh Sharon beberapa tahun yang lepas.

Pada 1988, saya telah melancarkan Israel/Palestine Center for Research and Information – IPCRI (Pusat Israel/Palestin untuk Penyelidikan dan Maklumat), berdasarkan idea bahawa dua negara untuk dua penyelesaian rakyat bagi memenuhi secara muktamad kepentingan strategik orang Yahudi dan Palestin.

Pada masa itu, kurang dari 5% rakyat Israel menyokong penyelesaian ini dan ramai rakyat Israel, khususnya yang berada dalam kerajaan dan tentera, mengaitkan saya sebagai seorang pengkhianat. Penolakan akhir terhadap pendudukan oleh Sharon merupakan justifikasi terakhir saya yang mewajarkan tuduhan sebagai seorang pengkhianat.





Petikan kata-kata, daripada 26 Mei 2003, dibaca seperti berikut : “Saya fikir idea ini mungkin diteruskan bagi menjaga 3.5 juta Palestin di bawah pendudukan – ya ianya masalah pendudukan, mungkin anda tidak senang dengan perkataan itu, tetapi apa yang berlaku adalah pendudukan – ia tidak baik kepada Israel, dan tidak baik kepada rakyat Palestin, dan tidak baik kepada ekonomi Israel. Mengawal 3.5 juta rakyat Palestin tidak akan berlaku untuk selama-lamanya. Anda ingin kekal di Jenin, Nablus, Ramallah dan Bethlehem?"

Di atas pentas ceramah di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, September lepas, Sharon telah menuju setapak lagi ke hadapan, menjadi pemimpin Israel yang pertama yang tidak sahaja bercakap tentang minat Israel untuk mewujudkan negara Palestin, dia juga bercakap tentang hak rakyat Palestin untuk sebuah negara milik mereka.

“Hak bangsa Yahudi kepada Tanah Israel tidak bermaksud tidak mempedulikan hak mereka yang lain di tanah tersebut. Rakyat Palestin sentiasa akan menjadi jiran kami. Kami menghormati mereka, dan tiada aspirasi untuk memerintah mereka. Mereka juga berhak kepada kebebasan dan untuk sebuah negara wujud dengan kedaulatan mengikut kehendak mereka sendiri”.

Gershon Baskin, nombor dua dari kiri. From right: Elias Zananiri, Executive Director, Palestinian Peace Coalition/Geneva Initiative; Hillel Schenker, PIJ Co-Editor; Gershon Baskin, Co-Director, the Israel-Palestine Centre for Research and Information (IPCRI) and PIJ Editorial Board Member;and Daniel Levy, Director of Policy and International Efforts, Heskem/Geneva Initiative




Beberapa tahun yang lepas semasa meningkatnya intifadah, sebuah kereta kebal Israel diletupkan di Beit Lahia di Gaza. Tentera darat memasuki kawasan kerjasama pertanian Beit Lahia, yang mana sebelum intifadah dilabelkan oleh seorang Jeneral Tentera Israel sebagai “kampung keamanan” dan memusnahkan rumah tanaman, peralatan pengairan dan tapak penyemaian. Tentera darat kemudian menampal notis yang mana penduduk Beit Lahia diberikan masa selama 2 minggu untuk mengalihkan apa jua aset pertanian yang tinggal dan kemudiannya Israel akan mengambil alih hak milik tanah tersebut.

Kebanyakan tanah yang akan dirampas merupakan milik seorang petani yang merupakan rakan saya. Dia memberitahu kisah tersebut, dia memberitahu saya bahawa kereta kebal tersebut tidak diletupkan di atas tanahnya tetapi di atas sebidang tanah yang lain di luar kawasan kerjasama dan tidak seorang pun daripada kawasan kerjasama mempunyai apa-apa kaitan dalam merancang letupan itu. Sebenarnya, dia memberitahu saya bahawa beberapa ahli kawasan kerjasama telah diancam oleh Hamas kerana berusaha untuk mencegah ahli Hamas daripada memasuki kawasan mereka.

Saya membentangkan kes tersebut kepada Tentera Darat di pelbagai peringkat, sehinggalah kepada Jeneral Bertugas untuk Kawasan Pemerintahan Selatan. Segala rayuan saya untuk Tentera Darat meneliti semula fakta-fakta yang dikemukakan tiada sebarang jawapan. Tentera Darat telah membuat keputusan, ia menyatakan bahawa kes tersebut telah disiasat sepenuhnya, kereta kebal yang meletup di atas tanak kawan saya dan di kawasan kerjasama telah membantu pengganas.

Dengan tiada tempat untuk dituju, saya telah menulis surat kepada Sharon dan meminta seorang rakan di pejabatnya untuk memastikan Sharon membacanya. Saya menjelaskan situasi dan saya menerangkan bahawa saya tidak dapat berhubung dengan sesiapa daripada Tentera Darat untuk meneliti semula bukti yang telah saya kemukakan.

Pada hari yang berikutnya saya telah menerima satu panggilan telefon daripada Atase Tentera Perdana Menteri memberitahu saya bahawa kes sedang disiasat. dua minggu kemudian, rakan saya mendapat tanahnya kembali.

Pada Februari 2005 saya menyampaikan syarahan di Middle East Institute in Washington (Institut Timur Tengah di Washington) dengan ditaja oleh Foundation for Middle East Peace (Yayasan untuk Keamanan Timur Tengah). Dalam syarahan, saya cuba untuk memberikan satu penilaian tentang situasi politik dan prospek masa hadapan.

Pada Februari, Pejabat Perdana Menteri, IDF dan Majlis Keselamatan Negara dengan segala kekuatan merancang untuk berundur dari Gaza. Sebelum syarahan saya, saya telah bercakap kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam perancangan tersebut dan saya menyatakan bersama pandangan mereka dalam penilaian saya untuk syarahan tersebut. Pada satu ketika dalam syarahan, saya terpaksa berhenti sendiri, menarik nafas, dan memohon maaf kerana saya kelihatan bersuara seperti jurucakap kepada Sharon.

Ketika itu, orang ramai masih lagi berasa sangsi dengan rancangan Sharon, saya diyakinkan bahawa Sharon 100% berniat untuk melaksanakan pengunduran dan memansuhkan kesemua penempatan di Gaza. Ramai orang mempertikaikan dorongan dan niatnya. Pada pendirian saya ia tidak mengapa. Niat dan dorongan ahli politik mungkin penting dalam merancang apa yang mereka lakukan, tetapi sering kali mereka jarang terlibat dengan realiti yang berlaku selepas melaksanakan rancangan mereka. Pada pandangan saya, perkara yang paling penting adalah keluar dari Gaza, dan paling cepat paling baik.

Saya tidak mempunyai anggapan yang salah bahawa Sharon secara tiba-tiba telah menyertai kumpulan damai. Saya tidak percaya bahawa Sharon akan menyertai proses perundingan dengan rakyat Palestin kerana mereka tidak pernah menerima mereka seperti sama taraf dan rakan yang boleh dijemput ke meja rundingan.

Sharon menolak konsep Oslo yang menegaskan bahawa keselamatan akan dijadikan satu hasil keamanan. Keamanan boleh dicapai melalui perjanjian politik yang membawa manfaat ekonomi dan keselamatan. Sharon tidak pernah menerima kewajaran Oslo. Sehingga hari terakhir dia memegang jawatan, dia sentiasa berpegang kepada pendirian yang keamanan hanya akan datang selepas keselamatan dicapai.

Dia dengan tegas percaya bahawa rakyat Palestin berjuang menentang keganasan, dan dengan itu menunjukkan bahawa mereka komited kepada keamanan, boleh jadi keamanan yang sebenar boleh dirunding. Dia tidak percaya bahawa terdapat apa-apa perkara untuk dibincangkan mengenai perjanjian damai sekiranya mempertahankan pilihan keganasan di belakang.

Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Presiden Malaysia telah dipenjarakan dan diseksa oleh regim Malaysia kerana berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, Anwar Ibrahim seorang Muslim yang alim dan pakar dalam Islam dan demokrasi.

Saya telah berkesempatan berjumpa dengan Anwar sebanyak dua kali pada November 2005 dan menghabiskan masa dengannya. Saya bertanya Anwar Ibrahim apa yang perlu Pihak Berkuasa Palestin lakukan dengan Hamas dan perlukan Hamas dibenarkan untuk menyertai pilihan raya yang akan datang.

Anwar secara tegas dan lebih berterus-terang – dia berkata bahawa prasyarat untuk mana- mana parti untuk menyertai pilihan raya yang demokratik adalah mesti melucutkan senjata.

Parti dan militan bersenjata tidak boleh dibenarkan untuk menyertai satu proses demokratik kerana ia menyindir demokrasi dan konsep kebebasan, tegas Anwar.

Sharon sudah tentu akan senang dengan jawapan tersebut dan akan bersetuju 100% dengan Anwar Ibrahim, sekiranya dia (Anwar) merupakan rakyat Palestin, boleh jadi menjadi rakan perbincangan pada pandangan Sharon.

Mahmoud Abbas, yang dilihat oleh Sharon sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan lebih disenangi daripada Arafat, masih belum lagi bangkit ke jawatan yang dipertimbangkan sebagai rakan. Saharon tiada niat untuk berunding dengan Abbas. Sharon tiada niat untuk mengetuai proses rundingan damai dengan rakyat Palestin pada masa ini.

Pencapaian politik terbesar Sharon adalah membentuk semula peta politik di dalam Israel. Jarak di antara kanan dan kiri di dalam Israel sangat kecil di bawah Sharon yang memaksa kebangkitan dan kepentingan kawasan tengah peta tersebut.

Sharon dan parti Kadimanya menawan kawasan tengah yang majoriti rakyat Israel tinggal pada hari ini. Kadima dilihat sebagai sebuah parti perseorangan, tetapi realitinya, keperluan parti yang diwujudkan oleh “seorang lelaki” kekal meskipun selepas lelaki tersebut tidak dapat memimpinnya.

Mungkin itu menjelaskan kenapa bilangan undi selepas Sharon berundur dari arena politik masih menunjukkan bahawa satu pertiga orang awam mahu mengundi Kadima, walaupun di bawah pemerintahan Ehud Olmert.

Olmert telah menjadi salah seorang daripada ahli politik yang paling kurang popular dalam pilihan raya baru-baru ini, dan sehingga sekarang tiada apa-apa yang menjejaskan tinjauan pendapat awam untuk mengubah realiti. Olmert, sebagai pemangku Perdana Menteri, akan menjadi amat popular di mata orang awam lebih daripada sebagai Menteri Kewangan yang mahu menjadi Perdana Menteri.

Saya fikir Olmert seorang yang berkeupayaan, berpengetahuan dan ahli politik yang berpengalaman. Dia dapat menggunakan sesetengah pelajaran dalam pengantaraan kerana dia seseorang yang dikenali sebagai sangat suka berkonflik. Dia amat dikenali dengan lidahnya yang tajam dan berjenaka dengan pintar. Dia bukan seseorang yang anda suka sebagai seorang musuh.

Olmert bukan seorang bekas jeneral, pada hakikatnya dia menamatkan perkhidmatan di dalam tentera dengan pangkat Sarjan dan berkhidmat sebagi wartawan di dalam majalah berita Tentera Darat, Bemahaneh. Olmert merupakan seorang peguam dan sentiasa menggunakan persoalan perundangan untuk membina kesnya. Olmert merupakan pembela utama rancangan pengunduran Sharon dan telah dicatatkan bahawa pengunduran mesti diteruskan di Tebing Barat. Dia tidak khuatir untuk mengambil alih kepimpinan penyelesaian kepimpinan untuk pertarungan terakhir, jadi masih terdapat kemungkinan untuk optimis bahawa pengunduran akan berlaku daripada Tebing barat.

Ia amat menyedihkan kerana Sharon tidak menyaksikan luahan perasaan dan ucapan selamat yang diterimanya dari seluruh negara dan seluruh dunia. Sharon merupakan ahli politik yang paling dibenci dalam dekad terakhir di Israel, di rantau dan di seluruh dunia. Dia sekarang dipandang tinggi sebagai seorang negarawan dan pemimpin yang hebat.

Dia sudah tentu mendapat penghormatan saya di atas apa yang dilakukannya pada tahun lepas. Sejarahnya tidak akan dilupakan tetapi dia meninggalkan arena politik dengan warisan yang berbeza – yang mana telah membawa harapan baru kepada wilayah ini.

+Pandangan yang dilahirkan oleh penulis tidak semestinya menggambarkan mereka yang berada dalam israelinsider


AIDC menterjemah artikel yang ditulis oleh Dr Gershon Baskin, Ph.D. pada 6 January 2006 di dalam website Israel Insider. Gershon Baskin, warganegara Israel telah berpindah dari Amerika Syarikat ke Israel pada 1970-an. Dia berkerja dengan Yahudi dengan orang-orang Arab sehingga kebangkitan pertama orang Palestin. Dia memulakan promosi dialog kerjasama antara rakyat Israel dan rakyat Palestin di tebing barat dan Gaza dengan pengasas IPCRI (Israel/Palestine Center for Research and Information). Artikel asal klik di sini


Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

2. Anwar Ibrahim : Bakal Perdana Menteri Malaysia ? - The Jerusalem Post

3. Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim

4. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah yahudi tu kawan-kawan dia...mesti nak kasi kawan-kawan suka apa dia cakap...itu pun kena siasat bila dia jumpa tu...takkan bincang pasal Hamas sahaja...mesti ada hal-hal lain..dah kata kawan-kawan

wassalam

p/s:suka betul yahudi,kalau ada pemimpin Islam suka apa dia buat

Unknown berkata...

Orang Yahudi pun boleh termakan dengan kata-kata anwar

Kalau anwar ni jadi rakyat Palestin,rasanya dah lama kena tembak dengan Hamas tu

Sangtawal Sakranta berkata...

anwar ni kalau tinggal kat semenanjung gaza...lama dah kepala dia hancur dek kena hentam dengan botol kaca oleh anak anak palestin yang masih belum baligh lagi...tapi kat malaysia ni anwar disanjung dan dipuja umpama dewata raya.

setelah membaca banyak tulisan aidc ni...takkan pengikut pas atau anwar tak boleh fikir lagi??? atau hati kamu dah gelam..dah tak nampak apa apa..janji jumpa benda berlubang je,anwar kata hentam, kamu hentam je...tak kira la..tu lubang hidung atau lubang telinga anwar ke apa.