MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Nov 2008

Kes liwat: Permohonan pendakwaan didengar 5,6 Februari 2009



KUALA LUMPUR 20 Nov. - Permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 dan 6 Februari tahun depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan tarikh itu selepas menimbangkan permohonan pihak peguam bela mewakili Anwar yang memohon menangguhkan pendengaran semakan kes itu.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan pembelaan memberitahu bahawa pihaknya meminta penangguhan dengan alasan jadual pembelaan mereka adalah sangat ketat.

Prosiding hanya mengambil masa kira-kira 15 minit pagi ini.

Anwar hadir pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Pada 14 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah yang mendengar sebutan kes terhadap Anwar menangguhkan untuk menetapkan perbicaraan kes itu pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pada prosiding tersebut Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu bahawa perbicaraan terhadap Anwar harus dihentikan sementara kerana pihaknya telah mengemukakan permohonan semakan di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen itu yang menolak permohonannya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi,

Komathy telah menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dengan alasan sijil perakuan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Pada prosiding Jumaat lalu, Mohd. Yusof juga telah memberitahu bahawa pihaknya menangguhkan penyerahan salinan dokumen yang diminta oleh peguam bela mengikut peruntukan Seksyen 35(2) Akta Mahkamah Kehakiman sehingga permohonan semakan itu selesai.

Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

sumber - Utusan Malaysia


1 ulasan:

Sangtawal Sakranta berkata...

tangguh lagi???

nak tunggu hingga dia jadi PM dulu ke???

tu la...lain kali fikir dulu..masa untuk bicara kes tak secepat masa menyontot...sontot kejap je....

jangan sampai hakim dan peguam juga terkena sontot nanti dah la... sontot dengan wang lagi bahaya....

apa istimewa nya si anwar ni sehingga nak mula bicara pun asyik tangguh tangguh je...
ada kes ke tak ada kes ni???

nak kena tubuh suruhanjaya untuk percepatkan kes ke???

ni baru kes kat mahkamah sivil...belum lagi start bicara dimahkamah syariah ...10 tahun lagi baru nak start kut...