MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Nov 2008

Kenapa Reformis mahu berbogel ?



Kenapa Reformis mahu berbogel ?


Saya dilanda kecewa apabila melihat isu kezaliman kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terhadap penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) kini diremehkan oleh isu Reformis yang syok ingin membogelkan diri! Sehingga semua organisasi yang tersentuh isu ini, baik akhbar harian, pihak kerajaan negeri malah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri rancak memperkatakan niat protes bogel pula!

Soalnya, kenapakah cadangan protes tak senonoh ini diketengahkan? Bukankah lebih penting bagi semua pihak memberi lebih perhatian terhadap kezaliman kerajaan PR Selangor yang bakal menaikkan sewa penduduk PPR, yang amnya dari golongan miskin, lebih dua kali ganda dari RM124 ke RM250? Dahlah tu, nak dinaikkan sewaktu kemelesetan ekonomi dan inflasi melanda rakyat tersebut pula!


Bukankah pemimpin yang menzalimi rakyat, terutama golongan berkeperluan, lebih berat dosanya dari membogelkan diri wahai ilmuan JAIS?


Bukankah peranan akhbar mewar-warkan berita dan memantau isu yang penting untuk rakyat, bukan sensasi sahaja wahai pemberita?


Bukankah ini masa untuk pemimpin kita bersuara menentang kezaliman, dari membiar isu dicuri oleh 'Reformis' yang terlihat mengejar glamer sahaja?
Manalah tak ketinggalan masyarakat Malaysia amnya dan Melayu khususnya, kiranya begini lekehnya kita memantau dan menangani isu masyarakat...

sumber - thoughtsintangents.blogspot.com

3 ulasan:

HANG LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Patutnya nak protes Pakatan Rakyat di Selangor jgnlah dgn cara nak berbogel pula

Tengok,isu membela penduduk-penduduk miskin sudah tenggelam dengan isu nak berbogel

red berkata...

tu la masa dulu.gaduh umno/bn ni zalim..alih2 kamu yg lagi teruk.tu la.masa x dpt kuasa/duit leh la ckp itu ini. dh dpt habis org yg undi dia lak jadi mangsa.sian yg tinggal kt perumahan ni.

red berkata...

tu la masa dulu.gaduh umno/bn ni zalim..alih2 kamu yg lagi teruk.tu la.masa x dpt kuasa/duit leh la ckp itu ini. dh dpt habis org yg undi dia lak jadi mangsa.sian yg tinggal kt perumahan ni.