MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Nov 2008

Apa kaitan Anwar dengan Lehman Brother & Morgan Stanley ?



Apa kaitan Anwar dengan Lehman Brother & Morgan Stanley ?


Oleh Nasir Sukiman

APABILA bank pelaburan Amerika Syarikat, Lehman Brothers benkrap pada 5 September 2008, mungkin Anwar Ibrahim seorang saja yang sedar betapa impiannya konon mahu ‘merampas’ kuasa lebur sama.

Ini kerana malapetaka paling digeruninya – kegawatan ekonomi global – tercetus berikutan kegagalan Lehman Brothers mendapatkan pinjaman ‘overnight’ daripada Morgan Stanley.

Apa yang berlaku seterusnya menyebabkan sistem perbankan hampir seluruh dunia terutama Eropah dilanda tsunami, lalu semuanya kemungkinan muflis hingga terpaksa diselamatkan kerajaan termasuk di Britain, Jerman, Iceland dan Perancis.

Anwar yang sudah pun menetapkan 16 September sebagai tarikh keramat tiba-tiba mendapati dia pasti akan berdepan krisis ekonomi seperti pada 1998 jika Pakatan Rakyat pimpinannya benar-benar dapat ‘melenyapkan’ suara majoriti daripada Barisan Nasional.

Kecut perut Anwar apabila berdepan satu lagi masalah yang pernah gagal ditanganinya dengan tepat sehingga membuat dia tersingkir daripada kerajaan Dr Mahathir Mohamed pada kemuncak krisis kewangan global 1998.

Penawar dicadangkan Anwar iaitu membiarkan Malaysia dibelenggu pinjaman IMF ditolak dan diganti dengan tindakan tegas Dr Mahahtir menambat nilai ringgit dan menjana dana dalaman menyelamatkan ekonomi akhirnya mencapai kejayaan.

Sehingga hari ini, mahu tidak mahu Anwar tetap diaibkan dengan cadangannya itu. Sebab itulah apabila Lehman Brothers lingkup, Anwar, Hadi Awang dan Lim Kit Siang mahupun pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP tidak lagi mahu menguar-uarkan 16 Oktober, 16 November atau 16 Disember sebagai tarikh baru melancarkan usaha giat ‘menawan’ Parlimen.

Ini ditambah lagi dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencepatkan pelan peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Kini menjelang perhimpunan agung PKR, agensi berita asing meramalkan Anwar terpaksa menunggu sehingga 2012 atau 2013 jika dia benar-benar mahu mencuba lagi untuk berdepan dengan Najib dan berusaha merampas Parlimen daripada BN.

Rakyat Malaysia, kata agensi Reuters sudah pasti mahu pemimpin negara menghadapi dan mengatasi kekangan ekonomi daripada melihat dan terlibat dalam perebutan kuasa gaya Anwar yang memualkan.

Setakat ini saja, liku dan pembohongan politik Anwar sudahpun mencemar kredibilitinya dengan keadaan diburukkan pula oleh kedangkalan saranan menghadapi krisis ekonomi yang dibentangkan ketua pembangkang itu.

Kelemahan Anwar itu digunakan sepenuhnya oleh Najib untuk mengemukakan cadangan rangsangan yang diterima masyarakat yang akur hakikat kita juga akan terkena juga demam ekonomi dunia kelak.

Cuma mungkin kita tidaklah seteruk Singapura yang begitu terdedah kepada gelodak ekonomi AS sehingga sudah pun mula membuang pekerja seperti 300 kakitangan DBS Bank dan Citigroup cawangan republik itu.

Demi mengubati hatinya yang duka lara itu, jelas Anwar sekali lagi bermain sandiwara dengan meletakkan sepenuh harapan kepada komponen BN di Sarawak seperti Parti Rakyat Sarawak. Apakah pengundi di Sarawak juga mampu ditipu Anwar sebagaimana tertipunya pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat di Semenanjung?

sumber -Malaysiaaktif









Tiada ulasan: