MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Nov 2008

Anwar tidak berminat jelaskan isu kegagalan 16 September



Anwar tidak berminat jelaskan isu kegagalan 16 September


Oleh: ROSLAN BIAN

Kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato atau berhujah memang diakui banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN).

Bagi barisan pembangkang serta pengikut-pengikutnya, ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memang ditunggu-tunggu.

Dalam erti kata lain, walaupun berdepan macam-macam isu termasuk tuduhan liwat, Anwar tetapi Anwar yang boleh diibarat sebagai ular yang tidak akan hilang bisa walaupun menyusur akar bila berucap.



Bagaimanapun kebanyakan petugas media yang membuat liputan Kongres Tahunan ke 5, PKR di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu ‘ tak nampak ceritanya’ ketika mendengar ucapan Anwar di majlis itu.



Entah apa yang berserabut dalam kepalanya ketika berucap di depan kira-kira 2,000 orang perwakilan parti itu.



Hasrat mereka,pemerhati mahupun media untuk mendengar beliau menjelaskan punca kegagalannya menawan Putrajaya, atau "pelan 16 September" juga tidak jadi kenyataan.



Penjelasan itu memang dinanti-nantikan banyak pihak dalam kongres pertama PKR selepas pilihanraya umum Mac lalu bahkan Timbalan Presiden parti itu Dr Syed Husin Ali, pada Jumaat berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan Anwar dalam ucapannya hari ini.





Namun, dalam ucapannya, Anwar tidak banyak menyentuh perkara itu selain mengakui projek itu "belum berhasil" dan menganggap peralihan kuasa itu bukan percaturan politik peribadi.



Ucapannya terlalu hambar dan seperti biasa, jika tidak menghentam media, bukan Anwar namanya.



Ketua Pembankang itu terus menyalahkan media, pimpinan negara yang didakwanya rasuah, menekan rakyat serta polis yang tidak profesional.



Anwar juga terus membidas pemimpin UMNO yang dikatakan terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu tulen.

Sementara itu dalam pidatonya kepada para perwakilan pada satu majlis sempena Kongres itu pada sebelah malam Anwar menyalahkan kerajaan yang didakwanya tak berani adakan sidang khas parlimen untuk membolehkan mereka membentangkan undi tidak percaya.

Beliau juga memberi alasan tidak dapat dedahkan nama para Ahli Parlimen BN yang didakwanya nak melompat kerana sudah ada perjanjian antara mereka hal itu dirahsiakan sehingga kerajaan baru dibentuk.

Namun tidak ada satu penjelasan yang konkrit diberikannya selain menyatakan azam nak tawan Putrajaya tak akan padam.




Seperti sebelah siang beliau terus menghentam media yang didakwanya banyak putarbelit cerita.

Anwar juga dilihat cuba mengaburi kegagalan pelan 16 September dengan membakar sentimen para perwakilan menerusi ucapannya yang banyak memperlekehkan kerajaan.




Dalam ucapannya semasa perasmian Kongres itu Anwar juga juga berkata, PKR akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.



"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya.



Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.



"Kita percaya pimpinan PAS dan DAP akan sama-sama membantu kita supaya kita saksikan perubahan besar di Sarawak dan mudah-mudahan ada juga perubahan besar lainnya yang akan berlaku di negara kita," katanya.



Perkara ini turut disentuh isterinya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucaptama perasmian selain janji pakatan pembangkang akan mempertahankan hak institusi raja-raja berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan.



Bagi yang meneliti ucapan Anwar sehingga akhir , nyata semua itu retorik politik serta skrip lama setiap kali Penasihat PKR itu berucap.



Apabila seorang rakan media bertanya kenapa ucapan Anwar kali ini tidak berbisa, antara jawapannya mungkin kerana beliau sendiri bosan dengan aturcara majlis perasmian tersebut kerana beliau pemimpin parti ke tujuh yang bercakap.



Bermula dengan ucapan aluan Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim, diikuti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim barulah Dr Wan Azizah menyampaikan ucaptama perasmian kongres tersebut.



Selepas itu turut menyampaikan ucapan adalah ahli parlimen Hutan Melintang S.Kasavan, bekas Naib Ketua Wanita MCA, Dr. Tan Hee Kew dan Wakil Rakyat Nyemah Sarawak yang baru menyertai PKR iaitu Gabriel Adit.



“Kalau sudah enam orang berucap…Anwar nak cakap apa lagi,” sampuk seorang wartawan lain.

Malah, Anwar juga tidak bersama ketika sidang media selepas perasmian majlis itu.



Hanya Dr Wan Azizah, Syed Husin, Azmin Ali dan Tian Chua yang menjawab soalan media mengenai kongres yang membawa tema ‘Harapan Baru” itu..



Beberapa pemimpin tertinggi pakatan rakyat yang hadir di majlis itu termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan setiausaha agungnya Datuk Kamaruddin Jaafar.




Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Li turut hadir.



Kehadiran kedua-dua mereka ini menguatkan spekulasi mereka akan menyertai pakatan pembangkang malah Zaid ketika ditanya wartawan, berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu.- 29/11/2008

sumber - Agendadaily.com





Tiada ulasan: