07/10/2008 12:59pm
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini akan meneruskan pada sebelah petang ini untuk mendengar hujah bantahan pembelaan atas alasan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak sah.
Dalam prosiding kes liwat Datuk Seri AnWar Ibrahim hari ini, hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau ada bidang kuasa untuk mendengar bantahan pihak pembelaan.
Selain itu, beliau membenarkan afidavit yang difailkan oleh Anwar untuk menyokong bantahan tersebut.
Bagaimanapun, Komathy menolak permohonan pihak pendakwa untuk menangguhkan sementara prosiding bagi membolehkan pihaknya memfailkan afidavit Abdul Ghani untuk membuat semakan ke Mahkamah Tinggi.
Prosiding kes ini akan disambung pada pukul 2.30 petang ini.
sumber - Utusan
Kes Liwat Anwar : Pendakwaan mahu failkan afidavit
07/10/2008 12:23pm
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pihak pendakwaan hari ini memohon penangguhan sementara kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan pihaknya memfailkan afidavit Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berhubung hujah bantahan peguam bela terhadap permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah tinggi.
Hakim, S. M. Komathy Suppiah menangguhkan sidang sekejap untuk mendengar bantahan pihak peguam bela yang diketuai oleh peguam Sulaiman Abdullah.
Terdahulu, Komathy membenarkan bantahan awal pembelaan.
Prosiding kes Anwar itu sekarang berhenti rehat sekejap sejak pukul 11.25 pagi.
sumber - Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan