MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Okt 2008

Terkini - Kes Liwat Anwar : Budi Bicara Mahkamah Sesyen pindah ke Mahkamah Tinggi

07 Oktober, 2008 12:39 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan yang ia mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Hakim S.M.Komathy Suppiah berkata Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Komathy membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan membantah pemindahan itu, mempersoalkan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Abdul Gani yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pihak pendakwaan berhujah bahawa Abdul Gani, selaku Peguam Negara, bertanggungjawab menandatangani sijil itu mengikut prosedur pentadbiran.

Anwar membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" Anwar pada 1998.

Anwar, 60, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

sumber - Bernama



Tiada ulasan: