MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Okt 2008

Sejarah Anwar Ibrahim (1947-2007)


Sejarah Anwar Ibrahim (1947-2007)


Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) merupakan seorang ahli politik Malaysia, bertindak sebagai penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Walau bagaimanapun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan beliau telah dibebaskan.

Pada bulan Julai 2008, beliau telah didakwa sekali lagi atas tuduhan dakwaan meliwat bekas penolongnya.

Setelah boleh kembali berpolitik, Anwar telah berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos 2008. Beliau menang dengan majoriti lebih 15 ribu undi, menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah dan calon AKIM Hanafi Mamat.

Biodata Anwar

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'.

Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manakala ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK.

Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Zaman belia

1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968. 1968 juga menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.

1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.

1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.

1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland. Azizah bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya.

Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,(ISA) 1974-1976 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.

Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.


Meninggalkan ABIM

Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Terdapat 40000 ahli ABIM ketika itu.

Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.

Tidak menyertai PAS

Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS.

Subki Latif dalam bukunya "Siapa Ganti Asri" menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.

Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad, Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang, dan Ustaz Yahya Othman.

Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Penglibatan dengan politik UMNO

Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan.

Dua tahun kemudian Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991.

Dalam tahun 1993 Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anwar pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.

Jawatan dalam kerajaan

1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
1985 - 1986 Menteri Pertanian
1986 - 1990 Menteri Pendidikan
1990 - 1998 Menteri Kewangan
1993 - 1998 Timbalan Perdana Menteri

Bertanding kali pertama

29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar, dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya.

Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS.

Kemasukan Anwar telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid, Abdullah Ahmad Badawi, dan lain-lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh Anwar Ibrahim sendiri.

1982 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti 10 undi. Beliau menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin dan Hang Tuah Arsad. Anwar dapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.


1984 Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Anwar dapat 226 undi, Suhaimi Kamaruddin dapat 137. Slogannya 'Pemuda Penggerak Zaman'. Majoriti 89 undi.

1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar. Anwar dapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109undi.

24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Moktar Ahmad.

1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak, 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.

1993 Anwar sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba. Isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej Anwar Ibrahim tercalar.


Kementerian Kewangan

Ramai yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.

Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dilihat berjaya menangani kemelesetan ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997.


Terlalu gopoh mahu kuasa

Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.

Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.


1993 Anwar IBrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam.

Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi .

Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman berkaitan salah laku Anwar. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.

Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.

Tahun 1993 95 % ahli UMNO menyokong Anwar. 137 daripada 145 mencalonkan Anwar. Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.


Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNO

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan.

Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.


Sukan

Sukan yang diminatinya ialah menunggang kuda dan bermain bot ski. Anwar pernah jatuh dari kuda dan menerima rawatan beberapa bulan . Beliau merupakan pernah menjadi pengerusi Persatuan Equestarian Malaysia.


email daripada

Dewi Balqis Hassan





1 ulasan:

Truth prevails berkata...

"Walau bagaimanapun, dalam tahun 2004, mahkamah tertinggi Malaysia, Mahkamah Persekutuan telah membalikkan sabitan kesalahan kedua dan beliau telah dibebaskan"...

Beliau didapati bersalah meliwat tapi mahkamah membalikkan sabit kesalahan dan dibebaskan atas sebab teknikal bukannya sebab beliau didapati tidak bersalah melakukan liwat!