MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Okt 2008

Replika gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim



Replika gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim


Batu caves 28 Sept: Satu replika gergasi pertama di malaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh Y.B Amiruddin saari (ADUN batu caves), Y.B manikavasagam (MP KAPAR), Y.B Sivarasah (MP SUBANG) dan Y.B William Leong (M.P SELAYANG) selaku tetamu kehormat majlis ini.




Replika yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk Dun Batu Caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina Malaysia Baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves ini.

Skuad dun batu caves juga merupakan penganjur bersama program ini amat berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan diluar jangkaan dari pada pendokong dan pencinta reformasi khasnya warga dun batu caves.




Tempoh untuk menyiapkan lukisan ini mengambil lebih kurang 8 hari dan mulai semalam semua petugas yang ditugaskan memulakan operasi pemasangan papan ini dan siap sepenuhnya pada hari ini jam 4:00 petang.perasmian dijalankan tepat jam 5:15 petang.

Diketika media arus perdana memainkan propaganda mengenai perkauman... lain pula cerita di dun batu caves ini... Apa yang cukup membanggakan ialah petugas yang terdiri dari kaum melayu,india dan tidak ketinggalan juga cina berganding bahu bersama sama dalam memastikan replika ini tersergam indah... yang pastinya akan membuat 'pihak tertentu' cemburu melihat situasi ini... syabas buat seluruh petugas dan skuad dun batu caves yang merealisasikan impian yang terpendam begitu lama ini.

Syabas juga buat sdr viriya Appu yang mengambil inisiatif untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. syabas dun batu caves!!! kini seluruh malaysia memerhatikan dun batu caves!

sumber - skuaddunbatucaves.blogspot.com


8 ulasan:

Amak berkata...

Haih....dah macam berhala dah ni..haih..apsal la taksub sangat dengan ahli politik ni. Diorang bimbing kita masuk syurga ke?

hilbert berkata...

Replika Anwar Ibrahim membawa makna yang sangat jelas, tak payah lagi bersuluh pasal hari dah siang, terang dah(tak payah bawa lampu suluh)... MAKNANYA: Anwar Ibrahim SAH sudah di Sahkan menjadi BONEKA @ PATUNG. Patung GERGASI. GERGASI hanya akan muncul bila cerek Aladdin digosok, namun walaupun GERGASI berbadan besar hijau, TETAPI dia hanya menurut perintah orang yang memegang cerek Aladdin, hanya akan bertindak mengikut arahan. Jika pemegang mengarah GERGASI itu mansuhkan DEB, ISA, buka quota kemasukkan bukan bumiputera ke Universiti yang hanya untuk bumiputera maka sememangnya GERGASI itu akan patuh pada apa sahaja arahan. Itu lah makna dan maksud disebalik pembikinan patung gergasi Anwar, bila-bila masa juga boleh ditumbangkan seperti apa yang telah terjadi dengan replika Saddam Hussein di Iraq pada tahun 2003 dulu. Dalam ajara Islam menyembah, menghormati, memuja dan memiliki patung adalah haram. Patung adalah berhala, memuja berhala adalah syirik.

Unknown berkata...

eluk sangat lah tu, bolehlah dia berkawan dan bersahabat dengan Murugan. Kauorang semua nak start pasang lilin and bubuh apple, limau..... kalau nak power lagi... bubuhlah limau bali... besar sikit power dia.....

Muhamad Arif berkata...

haiii...dulu nak jadi perdana menteri tak menjadi pulak....sekarang ni nak jadi tuhan pulak?

Anwar, nak jadi tuhan orang2 hindu kaa? ada rendah sikit dari murugan dan ada kecil banyak dari murugan....ni nak minta power murugan kaa...anwar oiii....!

Nizam Sabereen berkata...

Alaa...tu yg Paklah bagi kalung bunga kt tugu negara apa citer...?

zek berkata...

anzsai... yg elok ikutan , yg tak elok jadikan sempadan. kalau ada yg tak elok dijadikan alasan supaya apa yg dilakukan tidak salah jadi apalah maknanya mengajak org lain bertukar pimpinan. kerajaan mengamalkan rasuah dijadikan alasan utk boleh menerima (malah disamakan dengan sedekah), mengatakan pimpinan kerajaan membazir dan hidup mewah , DSAI sendiri pun tinggal dirumah harga RM7 juta. So tkde makna pun kalau sokong parti dan org yg cakap tak serupa bikin malah membuang MASA sahaja.

Nizam Sabereen berkata...

Replika tu Hindu yg buat...ikut pahaman diaorg...lagipun diaorg sedia nk robohkan kalau ada kaki2 busuk yg saje2 nk carik salah...tugu negara tu terang2 mendatangkan syirik...tkdek sapa pon yg komen...umah DSAI tu kalu harga 10 billion pon kalu tk rompak sapa2 tkdek salahnye....pemimpin negara rompak duit negara utk bermewah2..itu yg salah.aparaaa

Tanpa Nama berkata...

Anzsai...

jangan sokong membuta tuli... kesian kat awak ni.. jangan laaa ikut perasaan sgt.. bertenang. pilih pemimpin jangan taksub sangat. semua manusia biasa tak lepas dari salah dan silap. so, kalau dicuit pemimpin yg dibanggakan sgt tu, rilek la. bagus sangat ke pun dsai tu? konfirm takde rasuah? ke pandai bercakap je? nak jadi PM ... 16 Sep 2008 ke 2800 ??